Wednesday, December 28, 2005

kembali

bergelut dalam diri
segalanya seakan sunyi sepi
bersendiri ditemani iri
kemanapun bersembunyi lari
tetap merasa dikejari
menoleh
meremang
roma-roma ketaqwaan

keangkuhan ditemui melata dalam memori
menggugah perspektif diri berskrip yang asli
mahu ke manapun terus diekori bayang bulan matahari
selagi kesilapan takabbur lalu tetap diulangi
benci
benci
menyelimuti sangka baik di hati

Tuhan amat mengerti, fahamilah
perjuangan kendiri membina jati diri
melekat dalam benak berdegup dalam hati
walau terlihat hanya tubuh sepi menunduk hiba di malam sunyi
Tuhan amat memahami, mengertilah
kerana
Dia
Pencipta
Diri

setiap onak dan duri menggigit kaki
dilepaskan dugaan dari sangkar taqdir
mengejar dan menyalak ke arah punggungmu
agar
diinsafi
lalu
kembali
kembali
kembali

selangkah
engkau dekat..
berlari
Tuhan menghampiri...

Tuesday, December 27, 2005

Tahu

tahu
dalam hidup ini
ada perkara suka
ada perkara duka

tahu
jika difikirkan
penyakit hatiku
penyakit hatimu
berantakan otakku

tahu
Tuhan menerima taubat
maka aku memaafkanmu
kamu juga
maafkanlah aku

tahu
memaafkan untuk jiwaku
walau engkau tidak tahu
namun aku tahu
kerana itu
aku melaksanakan
apa yang aku tahu
maka bila tahu
maka perbuatlah!

Monday, December 26, 2005

saat hisab

Ya Tuhan
sudah lama hati ini tidak berbisik-bisik
mengatakan kasih padaMu
limpahan kesulitan dunia menghimpit
sehingga dhuha ku ...taubatku...berantakan!

Ya Tuhan...yaaaaa..Tuhan.....
sayu menyelinap secara sunyi-sunyi
senyap-senyap lalu selubung hatiku
sedih dan sayu serta sepi serta segalanya
meresap sepoi-sepoi bahasa
walau syahdu namun bagaikan tempikan
malaikat zabaniah menempelak lalaiku!

Ya Tuhan
apa ertinya semua ini
duit...anak-anak...kereta..rumah...
jika semuanya menghasut aku jauh dariMu
redhoMu tidak ada memberkati segalanya
sembunyi-sembunyi dunia datang menetap tanpa izin
menjadi setinggan dalam hati sepi seorang insan...

Ya Tuhan
hatiku membatu dek menatap mulut yang perlu ku suap
jiwaku membeku melihat insan-insan yang tamakkan harta
meminta aku bersabar dengan dosa-dosa
malah aku lupa
siapakah yang Maha menemaniku sentiasa!

Ya Tuhan
apa saat malaikat maut bertempik padaku
lalu mencabut degup jantungku
sekali sentap
aku terjerit bisu
selamat tinggal dunia
sudah terlambat mengatakan
ya aku memang berdosa!
maka aku menjerit hiba
"kembalikan aku ke dunia!"

Sunday, December 25, 2005

syahwat

Ku gerak-gerakkan
lidah yang beku
keras macam tulang
liat macam daging otot
lalu terhambur kalimah
"..laaaaa ila ha illALLAH......."

terus sejuk dingin
hati yang panas
keras macam batu
cair macam salji di hujung musim
menitik-nitik air di hujung
dingin dan sejuk
seperti mengalir air di tekak
yang kering-kontang macam sahara

"....Muhammadur Rasululullah....."
dari lidah turun ke hati
bagai terusan air dibuka luas
membasahi hati yang perit kering
basah kuyup lubuk-lubuk kotor
berkelodak dengan najis dosa

keluhan akhirnya terhembus keluar
panas dengan kehanyiran putus asa
hidup ini aku tak nampak syurga
biar cepat-cepat syurga dunia ku kecap
dibelai kekasih dan dipeluk anak-anak
kekayaan wang dan harta perhiasan
aku mahu sekarang..sekarang...cepat..cepat!

jujur sejujurnya
inilah aku...
inilah aku...
sanggup kehilangan segala yang kekal
hanya kerana sedetik aku tidak mahu sabar
hanya kerana sesaat aku tenggelam dalam syahwat!

Friday, December 23, 2005

aku tidak seorang

Ya Tuhan
Yang Awal
Yang Akhir
YAng Zahir
Yang Bathin

hati mendidih
terluka pedih
terpaksa merintih
berdoa dalam bertatih
aku masih

perjuangan telus
samar terus
iman takut pupus
dosa bagai pasir jerlus

hatiku sedang sakit
berzikir sambil berakit
berpeluh menahan pahit
mata berkedut perit

sudah lama luka ini sembuh
tiba-tiba kembali melepuh
sakit sampai terduduk bersimpuh
namun pengalaman ini wajib ditempuh

Allah sentiasa menemani
namun fasa ini ku abadi
qadha dan qadar insani
Nabi dan Rasul sudah imani

apapun tabah sayang
mencintai diri jangan melayang
walau diri jauh dibuang
namun aku tidak seorang!

Monday, December 19, 2005

aku dan engkau adalah muslimah

ya adeq
itulah ujian
Kun Fayakun
baik buruk ketentuan Tuhan
segala-galanya kepunyaan ALLAH

Ya adeq
namun kamu tetap seorang muslimah
berbanggalah dengan jati dirimu
aku seorang muslimah
adab dan akhlaqku muslimah
berjuanglah mati-matian
bersedialah untuk syahid
menegakkan akhlaq muslimah

ya adeq
jangan berbangga dengan kecantikanmu
jangan berbangga dengan keintelektualanmu
jangan berbangga dengan memiliki cinta insan lain
tapi berbanggalah kamu dengan akhlaq islamiyyahmu

ya adeq
menangislah
jika itu manifestasi sabarmu
menagislah
jika itu melegakan hatimu
jika tidak ada perit
tidak ada lah sabar
jila tidak ada ujian
tidak ada lah redho

ya adeq
dosa-dosa mu terlerai
bersama setiap titis tangismu
itulah matlamat ujian
bila sudah hilang segala dosa
maka dari situ bersihnya hatimu
dari situ makbulnya do'amu

ya adeq
hatimu takkan tergelincir
selagi dipagari dengan zikrullah
kamu mencari redho ALLAH
bukan mencari redho insan
sayangku padamu kerana ALLAH
sayang yang meningkatkan taqwa
sayang yang saling menutup 'aib
itulah ukhuwwah islamiyyah!

Sunday, December 18, 2005

Tuhan Yang Mencintai

pengalaman yang ditaqdirkan
tanda Tuhan berkuasa
melafazkan Kun Faya Kun
namun menidakkan kasihNya
menolak tepi sangka baik
bukan fungsi seorang hamba!

kehambaan seolah rantai yang membelenggu
namun ia ketundukan dengan sudi
kepada Tuhan yang Mencintai
cinta Nya tidak boleh dipeluk dibelai dipegang
cinta Nya berlabuh di daerah paling parah
yang sedang berdarah kerana tabah menahan amarah
lalu disuap indah sehingga kenyang dengan sakinah
itu manifestasi cinta suci

keringanan jiwa yang hampir menggila
kerehatan minda yang lemas dengan "sepatutnya"
kelelahan tubuh dengan tekanan dunia
jadi lerai dan mengalir seperti air hujan
yang membersih kekotoran yang melekat
yang tinggal hanya takjub dan ternganga
dengan indahnya pertolongan suci
dengan tenangnya gelora di hati

jadi makin tunduk
tidak makin ujub

jadi makin faham
tidak makin riya'

jadi makin sujud
tidak makin takabbur

Oh Tuhan!

Wednesday, December 07, 2005

cinta ideal ku

Cinta Ideal ku

Aku mencintaimu
walau kamu hanya imej di benakku
syurga belum milikku lagi
mati belum ku tempuhi

Aku mencintaimu
engkau menguasai segala rasa ku
tapi aku masih berdosa
belum melepasi Hisab Mashyar
malah masih belum memadai taubatku

Aku mencintaimu
walau engkau tanpa wajah
tapi cintamu pada Tuhan
memikat dan menyerap segenap ruang hatiku
dan aku jatuh cinta

Ya Tuhan
aku mencintainya
merinduinya
ingin bersamanya
kerana
melihat dia
mengingatkan aku padaMu
bercakap dengannya
meningkatkan taqwaku
melepaskan dia
tidak pernah ku sesali
kerana mencintai tak semestinya
memiliki...

Tuhan...
kurnia ini milikku
hanya dengan izinMu...

bertemu di sana
hanya dengan RahmatMu..

Thursday, December 01, 2005

hatiku berbisik

Ya Tuhan
hatiku berbisik
solatku ini tidak indah
hatiku ini tidak bersih
sujudku tidak cantik
rukuk ku malas

Ya Tuhan
hatiku berbisik lagi
jika benar aku begitu
bukankah lebih lagi
harus ku tunduk
bukankah lebih lagi
harus ku solat
bukankah harus lagi
aku tambahkan sunnah?

Ya Tuhan
aku jadi sebak
dadaku berombak
memikirkan taubatku
masih lagi Kau terima
dosaku masih lagi Kau ampuni
mulutku masih lagi Kau suap
air masih lagi Kau tuang
peluk peluk kasih masih lagi mendakapku
Engkau yang mencurahkan!

Ya Tuhan
selagi dadaku turun naik
penuh keinsafan
selagi itu aku tahu
Engkau di sisiku...

Peluang

ya ALLAH
bila ku pejam mataku tanpa zikr
jelas terpampang wajah insan-insan yang ku sayangi
resah gelisah ingin bertanyakan khabar
malah derita merindui kerana jauh dari pandangan

Ya ALLAH
bila ku pejam mataku
lantas mulutku berzikir
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
sakinah hadir bersama bauan syurga
menyemarakkan cinta yang tak tahu bila
dapat ku sentuh dengan tangan
lalu selama-lamanya rehat di atas tilam empuk

Ya ALLAH
aku gagal merealisasikan
konsep hasbi rabbi jalallah
kerana hati ku sarat dengan cinta dunia
namun aku meminta berilah peluang bagiku
membersihkan jiwa menagih segala hanya dariMu

Ya ALLAH
aku amat lupa
Engkau Maha Cemburu
maka hati ini jika benar milikMu
bersihkanlah bersihkanlah
sentiasa!

amin

bukan khayalan

syurga
bukan khayalan
namun ia khayalan bagiku
kerna dosa-dosaku banyak

neraka
bukan khayalan
namun ia kenyataan bagiku
kerna selayaknya aku ke sana

RahmatMu
bukan khayalan
namun bagiku ia harapan
setitis air mata seikhlas taubat

WajahMu
bukan khayalan
namun bagiku ia impian
kerna aku mahu menatap
Allah yang sentiasa menemaniku

aku
bukan berkhayal
tapi berdoa
sejujur-jujurnya mengungkapkan dosa
selemah-lemah imanku sekarang ini
harus ku bina
dengan zikrullah
setulus-tulus hati ini berkata
ya Tuhan...berilah petunjuk
hati yang gelap tanpa cahaya..

amien

lagi dan lagi....

Kamu tahu tidak
apa aku rasa
bila hujan menitis di luar kamar
di dalam hati detik-detik sunyi menyelinap sepi
hanya nyamuk berterbangan mengganggu penglihatan

Kamu tahu tidak
menghayati derapan langkah hujan
cukup tenang dan menenangkan
seolah air yang turun dari langit
turun dengan redho sambil berzikir

Kamu tahu tidak
digigit nyamuk di bawah cuping telinga
menonton televisyen tanpa suara
tidak selesa digigit nyamuk
di luar hiruk-pikuk
di dalam dua kamar sunyi
kamar hati dan kamar bicara

Kamu tahu tidak
penangan sepi sangat pijar
bagai cili kering yang habis digiling
menahan panas dan pedas
segala deria serasa dicengkam
hati bagai dicucuk garfu
tidak berbekas namun terkedu perit
memejam mata menahan perit

Kamu tahu tidak
lagi-lagi hujan memekakkan telinga
menjerit-jerit senyap menyatakan syukur
aku terus tenang dan lesap amarah
mata bulat si anak tiba-tiba bersinar memikat

Kamu tahu tidak
Allah turunkan hujan pada saat sepi ini
meneman deria rasa yang sakit
menjadi terhibur dengan deruan hujan
hati menjadi lucu menahan suka
ALLAH taqdirkan di dalam hati dikepungi pahit
namun menentukan bunyi titisan hujan menumpah sakinah
aku terpegun kerana berada di sempadan
antara dua lembah
lembah duka dan lembah suka

Kamu tahu tidak
seimbang amarahku dengan syukurku
seimbang angauku dengan patah hatiku
seimbang cintaku dengan benciku
di titik pertemuan dua rasa
aku terlihat Yang Maha Pencinta
Ya MUhaimin
sedang melimpahiku dengan Nur KasihNya
lagi dan lagi aku jadi rindu
bertambah dan bertambah
makin dan makin
tabah menunggu!