Thursday, December 28, 2006

wanita itu

wanita yang bernama ibu
juga seorang isteri menunggu
kepulangan lambaian kasih
tersengguk tanpa simpati
menanti tibanya buah hati

kakinya lenguh berdiri
tangannya sakit sengal
memeluk anak sakit
sabar sehingga tetidur

di mana kasih untuknya
ghaibkah erti belas untuknya
di pintu syurgakah gagahkah kakinya

letih lesu kudrat
dipaksakan tabah masih kental
bermaknakah?

anak-anak tidur berdengkur
wajah mulus suci tanpa mengerti apa
di hati wanita itu
berdo'a
Tuhan bersamalah aku
Tuhan saksilah aku
Tuhan lihatlah aku
wanita ini mengikhlaskan nawaitu
jangan waktu berlalu
tanpa aku berkata-kata padaMu

Saturday, December 23, 2006

ku ingin seadanya

ku ingin lepaskan rindu
ku ingin sekali
namun keinginan tidak semudah
bila apa yang ada tidak memungkinkan

ku ingin berbalas cintaku
ku ingin
namun tidak seindah itu
bila cinta yang ku kirim
tidak dibalasi setimpalnya

ku ingin menerima mu seadanya
ku ingin
namun ianya tidak seindah keinginanku
bila pengorbanan tidak sedikit
yang mampu ku beri

Thursday, December 21, 2006

AR RAHMAAN

hamba hanya mahu menyembahMu
mengapa terlalu banyak penghalang ke arahMu
sedangkan cintaMu amat mudah digenggam
namun ramai yang dengki
ramai yang hasad

hati hamba hanya mahu mentaati tuanNya
mengapa begitu payah istiqamah
mengapa sakinah bagaikan dicarik-carik
saat-saat indah kemanisan ibadah dicabut
oleh sedetik titik hitam memanggil
lalu tersadai dengan harapan yang berkecai

apa-apa saja Engkau terima dari hambaMu
namun hamba mahu memilih apa yang termampu
setelah banyak ni'mat tercurah
tanpa bayaran
hambaMu tergamak meminta yang bukan-bukan

berapa kali hambaMu melakukan maksiat padaMu
berapa kali Kamu mengampunkan dosa
tidak terhitung kasih sayang dan RahmatMu
maka apakah balasan dari hambaMu?

maka apakah ni'mat ALLAH yang kamu dustakan?

Friday, December 01, 2006

doa ibu

anak
pipimu ku belai dengan titisan air mata
mulut mu ku cium dengan doa seorang mujahidah
tubuhmu ku rangkul gagah dalam qalbu ku
Ya Tuhan
jadikan anak ini anak yang mendoakan aku di kuburMu

anak
nyawa ku perjudikan untukmu
senyum manis ku paksakan di wajahku
ku harungi duri dalam daging
asal kau senyum mulus
asal kau sanggup sami'na wa atho'na
pada seruan Tuhan yang Satu

anak
mari nak
kita melangkah bersama
menuju pintu syurga
selepas kita dihisab berasingan
mari nak
kit a seiringan
bersujud
pada saat WajahNya muncul
di depan kita..