Monday, July 30, 2007

Redho


pernikahan antara dua takdir
aqad bersimpul pada suatu tali
yang tidak akan lerai, janji-Nya
tanjak keimanan diselit bunga tanjung
mewangi mewarnai

jeritan bayi saat menggelongsor
dari alam ruh, tali pusat terkerat
kepada dunia fana
adalah derita yang disanggupi
sabar yang tergoda ,kepala sungkur di sejadah
air mata menitis basahi Kalam ALLAH

sejak tahun lahir
sehingga tahun dewasa
akhirnya tahun kematian
detik taqdir walau mencengkam,mencekik
namun redho adalah wangian-Nya

Saturday, July 28, 2007

gadis pelangi


gadis-gadis kecil berlarian di kaki pelangi
tangan-tangan kerdil mulus menggapai
pelangi yang kian hampir semakin menjauhkan diri

gadis-gadis kecil hanya suci
tiada hasad dengki tercucuk di kalbu
tawa riang memekakkan telinga
tangan-tangan kerdil berpegangan
saling menyuapkan lontaran tulus

gadis-gadis kecil dewasalah
setelah matahari terbenam
malam yang sirna cahaya
takkan hitam hati-hati mulus
kegadisanmu perlu kekal
dunia yang semakin sore
dambakan sinaran naif
gadis-gadis kecil mekarlah maafmu

Friday, July 27, 2007

satu gelas pahit


kau menahan air mata
mempamirkan senyum
meramahkan perbualan
menguatkan bahu
menanggung beban
sendiri
seorang

kau terpaksa memaksa
sengih dibuat-buat
kadang terlampau
kerana sayu amat perit
sehabis kudrat
menutupi sesal
diam-diam mengakui lemah

kau mandiri, seorang
terhidang derita
kau kutip satu gelas pahit
kau minum sekali teguk
kerana kau tahu
untuk berkaki teguh
menghayun langkah
makan minum keperitan
sunnatullah

usah air mata itu ditahan lagi
tatkala tiada mata di sisi
tiada bibir mencerca
leraikan simpul kekusutan
sehabisnya sebelum
kau bangkit dari abu derita

sehati sejiwa sehidup semati


malam ini pungguk sendirian lagi
menepuk nyamuk yang mengigit telinga
mengibas semut yang mengusik deria

malam ini purnama dipunggungi awan lagi
gelap menghantui ,bayang-bayang rindu lesap
jejak kasih ditutup semak berduri
menghiris hati racun meresapi waras

malam ini pungguk dan bulan
berpakat lagi mengota janji
kembali ke pangkal ikatan kasih
sehati sejiwa sehidup semati
Ilahi,sudilah menyaksi

Thursday, July 26, 2007

air terjun


sendirian di kaki air terjun
berbaring menepis air terpercik
deruan air menikam rasa
dingin berselindung murung

sebalik mendung belantara
air terjun melakar emosi
sepi meninggalkan perit
sunyi berzikir di celahan daun
bermimpi syurga kasih hakiki

satu gelas pahit


kau menahan air mata
mempamirkan senyum
meramahkan perbualan
menguatkan bahu
menanggung beban
sendiri
seorang

kau terpaksa memaksa
sengih dibuat-buat
kadang terlampau
kerana sayu amat perit
sehabis kudrat
menutupi sesal
diam-diam mengakui lemah

kau mandiri, seorang
terhidang derita
kau kutip satu gelas pahit
kau minum sekali teguk
kerana kau tahu
untuk berkaki teguh
menghayun langkah
makan minum keperitan
sunnatullah

usah air mata itu ditahan lagi
tatkala tiada mata di sisi
tiada bibir mencerca
leraikan simpul kekusutan
sehabisnya sebelum
kau bangkit dari abu derita

Saturday, July 21, 2007

Infinitiku


sepi kububuh di dalam dulang
berhias kuntuman
wangian raihan
kusembahkan pada-Mu

sunyi kugurindam syair
lara kubaringkan di atas permaidani
indah gebu memujuk kalbu
bertukar rindu
pada-Mu

cemburuku dari benih rindu
cemburu-Mu dari benih Kasih-Mu
aku tanpa-Mu sifar
Infiniti adalah Robb-ku

siapakah siapa

desiran takut berombak di dalam kotak keegoan
terpalit di tempat bersemayam keangkuhan
kusedut debu-debu noda yang berselerakan
di bawah lipatan daki-daki kusam tikar akal
terbentang seluas harapan yang putus asa
terbitnya matahari senyum yang bersinar malu-malu

sujudku sudah terlalu ringkas dan terlalu rawak
nafas tercungap-cungap dihempap gelisahnya kesalahan
makin tutup makin terbuka pekung yang menanah
di sebalik kain telekung menjilbab aurat kefanaan
menadah tangan yang sejuk beku dengan kealpaan

siapakah siapa yang melakar bait ini
tiada erti kebagusan tanpa kerendahan jiwa
tiada erti keikhlasan yang sengaja diwar-war
aku telah lama punah dengan ilusi
seorang yang bukan sesiapa
namun seorang yang berasa sudah sempurna

sepasang kaki


aku tidak pernah mengerti
apakah ada di dalam diri
kurniaan Ilahi yang mana
telah kutenggelamkan dalam nafsi
sedu-sedan kusoroti hidup

adakah aku bangkai bernyawa
yang disedut rohnya
perlahan lahan tanpa kusedari

aku sudah hilang segala keindahan
kemanisan iman satu ketika dulu
menanti saat-saat mati

aku lari
dari mana
ke arah mana
hanya sepasang kaki
menjejak tenang

cahaya kejujuran


tiada cahaya dalam gelap
malam yang hitam
tiupan seruling
bunyian rindu
musafir cinta

janji yang berkaca
menyilau mata
membuta-tulikan
tesis akal
merasional alasan
sedikit demi sedikit
dibakar emosi
akhirnya kembali
sifar

segenap kudrat
terbatas
segumpal harapan
dipersia

sebelum melangkah
sejengkal
ke hadapan
putus asa mendung
penuh di dada

solat
biarkan berair mata
Tuhan belum menghukum
Kasih-Nya
jujur sejujur cahaya
dalam gelap

Monday, July 16, 2007

puisi untuk penyair murni


sang penyair
takkan hilang walau seribu
perantis menikam kalbu
dengan bait palsu

nawaitu rapuh
dimamah angkuh
aku anggun
engkau pikun

sang penyair
bait murni
bibit insaf
menebarkan sayap
mengagih berkat

Sunday, July 15, 2007

ampun umpatku


semburkan maafmu
pada dosa keringku
pancutan deras suci air
kuyupkan wajahku
yang pernah berkerut
menghinamu
robekkan bibirku
yang pernah meratah hatimu
terbenam umpatku membaham hatimu

campakkan saja aku
ke dalam lombong kemaafanmu
yang paling dalam
dingin sekali suci

Saturday, July 14, 2007

ombak fana


ujian itu adalah ombak
sedikit demi sedikit sebesar zarah
pasir pantai berubah menjadi kalbu yang pasrah
pejam matamu dan bebaskan fikir
nafas aturkan dalam meditasi
segalanya fana

Wednesday, July 11, 2007

harapan yang pergi


aku berenang dalam kedukaan
rasanya seperti cuka
membakar kulitku
memaksa kumenelan seteguk demi seteguk
sehingga aku kekembungan
merintih kesakitan

aku lemas dalam kepasifan
bertalu-talu mebiarkan orang lain
menumbuk maruahku sehingga lumat
berbekas tapak kaki di pipiku
air mata kehinaan mengalir dalam kebisuan

aku menjadi buta
kerana aku putus asa
tali kehidupan yang putus
menjadi layang-layang
harapan yang pergi
entah bila kan kembali

Monday, July 09, 2007

cahaya nur






cahaya nur
melimpahlah atas jalan gelap
di hadapan mata hati

akal yang bijak
tidak diasah dibiar tumpul
tidak dilurus dibiar bersimpul

kalbu yang resah
tidak dipujuk dibiar remuk
tidak ditabah dibiar amuk

kasih yang goyah
tidak dipeluk dibiar reput
tidak dirindu dibiar hanyut

cahaya nur
limpahilah jalan gelap ini
hitam dari kemaafan
bergelumang dengan dendam
kahak kebencian diludah
yang menjijikkan menjadi norma

dadahdotcom

login

terkini dadah

ulasan dadah

artikel dadah

forum dadah

galeri dadah

maklumat sisi dadah

promosi dadah

papan nota dadah

senarai komuniti dadah

senarai ahli dadah

dadahdotcom

logout?

Sunday, July 08, 2007

harapan tulang tua


sejuta bintang
terbentang
melambai ke arahku
perawan

bersih merpati
putihkan langit
raksasa mendung
meludahkan petir
menyeret kudrat
sekuat tulang tua
namun masih ingin

pemandu takdirku
tersergam sendiri

Saturday, July 07, 2007

Paradigma



Aku sering menjurnalkan resah
Cinta tertarah
Menitik-nitik darah
Tertoreh ruh

Ampun Tuhan
Rezeki menumpah
tidak kuwar-war
lupa kocoretkan
“ Ya ALLAH…
Terimakasih”

Mulai esok
Nekad aku mulakan jurnalku
Ni’mat ALLAH kutulis
satu demi satu
dengan Nama-Nya

Monday, July 02, 2007

anjing


mengertikah

nafsu meng-anjingkan akal

keparat sudah amalan

menanti kaffarah taubat

Sunday, July 01, 2007

perempuan super


anak
mulut tidak bersuap
pakaian tidak dilipat
rambut tidak dirapi
tahi telinga tidak dibersih
kutu kepala berjangkit bertelur
gigi rongak menelan cokelat
makan minum sendirian
menangis tanpa dakapan

aku mengadap komputer
memikirkan bagaimana
harus kutingkatkan
keuntungan yang sedang
di bawah paras beku

aku
adalah ibu anak itu
sudah lelah.
sudah kalah.