Tuesday, June 30, 2009

dengar

Aku mendengar

Dengar apa yang terlintas

Dengar sebuah kebenaran

Yang aku tutupkan telinga



Aku tak berani

Mendengar satu luahan

Yang sering berulang

Setiap kali aku meraung

Aku tak mahu

Dengar sebuah keluhan



Aku dengar yang optimis

Aku dengar yang tragis

Tapi aku elak dengar

Yang benar-benar penting

Itulah yang aku tak mahu dengar



Pernahkah kamu dengar

Aku berkata begini?

Adakah sesiapa yang dengar?

Atau aku seorang sahaja yang dengar?



????sarikeisarawak????

pendam

senyumlah sayang

aku mengerti

aku melihat

aku mendengar



hilangkanlah kerut di dahimu

ingin kudakap dirimu rapat ke dadaku

agar kau tenang di sisi mehnah-Nya



indahnya diammu

bersama sejuta garisan halus di dahimu

indahnya sinar yang memancar

di sebalik gelojak nafsu yang kau tahan



diamlah gelora di tepian alis matamu

air mata yang kau tahan

serupa sahaja kau zahirkan atau kau pendam

tetap mengalir secara ghaib atau terang



sebenarnya ramai yang menyayangimu

tanpa kau sedar

atau tanpa ragu meniup ciuman ke dahimu

tanpa kau melihat

kerana cinta itu halus seperti sabar di kalbumu

kerana cinta itu berdoa untukmu



sarikeisarawak

yang zalim dan yang dizalimi

ketika Jumaat yang tenang

sebuah puisi yang terlakar biasa

tiada rentak dan irama

hanya cebisan luahan rasa



titisan intifada bukan milikku

syuhada yang bergelimpangan bukan diriku

hanya sebuah retorika harapan yang terduduk

di kaca televisyen yang bersarang duka



tidakkan aku mengerti jeritanmu

tidakkan ku lap titisan keringat yang bercampur darah

hanya doa dan doa serta doa

kulaungkan takbir berduyun-duyun malaikat

menyambutmu



Tuhanku menyuruh

tolonglah yang zalim dan yang dizalimi

hanya doa untukmu

wahai yang zalim

wahai yang dizalimi



--sarikeisarawak--

munajat siberdosa

Laa ila ha ilALLAH

Di manakah ia pada saat-saat aku lelah

Sejadah yang tersentuh di dahi

Akalpun berlari di awan pelangi



SubhanALLAH

Aku mengerti namun kubenci

Benci kerana tiada erti yang manis

Meresap menusuk kalbu



Asmaul Husna

Indah namun sayang

Cantikmu tidak kekal di jiwa

Yang kehitaman dek dosa

Lopong segenap rasa



astaghfiruLLAH

jujurku ini

terimalah

ya ALLAH



sarikeisarawak

angan

berlari mengejar angin

bayu yang bertiup , sayang

meninggalkanmu termengah



takkan dapat kau genggam

syurga bukan wujud

di sini neraka para wali



kontangnya sebuah harapan

kerana doamu dimakbul

bila nafasmu berakhir



mulanya sebuah episod

luarbiasa yang pasti

alam barzakh menjadi realiti





sarikeisarawak

yang

dalam doaku

di sebalik rahsia

hikmah Ilahi

menutupi seluruh tubuh

dengan selimut kepuraan

yang memakai pakaian baru



saban hari mentari kelihatannya enak

mengulit mimpi-mimpiku

aku hanya mampu

menghamburkan bisik

aku membenci perbuatanmu

yang menghiris hatiku



tentunya kerana aku lelah melakonkan

sebuah peranan

seorang serikandi





+++sarikeisarawak+++

sedalam kalbu

jiwa yang merana
hambatan nista
terpana dek dunia
yang menggiurkan

aku engkau membohongi
palsu setiap janji
maka jujurnya jiwa
berstatus syurga atau neraka
atas ataupun bawah

aku ketakutan
menggigil kesejukan
membeku disimbahi putus asa
sudikah engkau menyapa

tinggalkan aku
jika tanganmu kotor
sambutlah aku
kira tanganmu berlapik

subuh-subuh lagi
luahan hati
mendayu
sepoi-sepoi bahasa

=sarikeisarawak=

tewas

malam pekat , gelap

segugus nista merasuk

tenang yang fana

menusuk sehingga tersengguk



lenaku mendakap senaskah al Quran

Isyak dan Subuh melayang

kerana aku lemah Ya Tuhan



di mana lesapnya

ruhku

tidak tergenggam sebuah iltizam

menghirup kegelapan

yang hanya mengintai

menanti peluang



tewaskah aku nanti

di saat sakarat?



sarikeisarawak

sekuntum rindu

sendirian menelaah kesunyian

menyapa sekujur tubuh berjauhan

tiada sepi sehening semerbak

sekuntum rindu memukau rasa

mekar menghiasi taman bidadari

air mata sudah tidak berembun

resah berpayung di lembayung Arasy



oleh : sarikeisarawak

Sunday, June 28, 2009

hentian

berhenti
pelabuhan ini menggamit rasa
wanita yang melambai itu
menahan esakan sendu
perpisahan yang melerai asa

tiada rindu sekukuh Zulaikha
tiada cemburu seputih 'Aisyah
penapis kalbu sebuah Kitab
pembersih cerca mata yang meruntun
sebuah bayang yang kian menjauh

noktah ini hanya di dunia
pengertian yang kian menggunung
tanpa rindu kaku kalbu

=sarikeisarawak=