Friday, September 09, 2005

ya ALLAH
tunjukkan cara
menyimbah air
pada api yang sedang marak
memakan sepi nan mendiam
di sudut yang terperosok
di celah kehidupan yang memerangkap
debu-debu yang hinggap?

ya ALLAH
dalam kelam
menenggelamkan rasa sedar
suluhan cahaya walau dilihat
namun kabus amat tebal
hanya nampak bayang
tidak juga nampak jalan
dikelilingi hanya asap?

ya ALLAH
curahan hati yang berulang
tanpa ku sekat
hanya untuk kewarasan
demi mengotakan keinsafan
keterbatasan aku sebagai insan
kebersandaran aku pada Tuhan
kejujuran menguakkan perasaan
bukan qadha dan qadhar rukun keimanan?

Ya ALLAH
kejahilan ini kututupi dengan keilmuan
kesakitan ini kututupi dengan keredhoan
kesedihan ini kututupi dengan kesabaran
kepentingan diri ditepis kerana jannah
merintih kerinduan pada Wajah Tuhan
mungkinkah di penghujung jalan ini jannah
di sebalik hakikat kebebalan ini
yang menanti ialah jahannam?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home