Wednesday, September 28, 2005

hanya insan

aku tahu
siapa aku
aku tahu
siapa Dia

mengenal Engkau
menjerit qalbu
terasa tiada erti diri
terciptapun atas dasar CintaNYa

tidak ada dalam diri ini bongkak
kerana banyaknya amalanku
bila sebenarnya
tiada daya melakukan kebaikan
tiada upaya menjauhi kemaksiatan
melainkan dengan kekuatan dari Ilahi

aku hanya insan
antara berjuta insan yang mati
antara berjuta insan yang hidup
di dalam mikroskop pun
aku tidak kelihatan

mahu apa aku pada hidup ini
bila hidup ini diisi dengan murkaMu
tak mampu menafsirkan syukurku
dalam bentuk yang di redhoiMu

aku hanya insan
gopoh
keluh
rungut
sifat sejak azali
perlu kasihMu
damba Rahmat Mu
tuk terus menerus
menapaki jalanMu
meminta padaMu
segala!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home