Tuesday, October 18, 2005

Hijab Zaman Terungkap


Nuur Muhammad shalallah... Posted by Picasa

ALLAHU ROBBI
walau tabir zaman
berlabuh antara aku dan RasulMu
lantas hilang dari pandangan mata yang kasar
namun aku tetap faham
dalam tidak ada tutur kata berbalas
dalam tidak ada suara yang tertangkap di telinga
aku tetap mengerti dalam diam
apa yang RasulMu pinta dari umatnya

ALLAHUAKBAR
hanya hati yang sepakat menunduk pada Ilahi
tanpa bisikan yang jelas
RasulMu mendamaikan jiwa ku
menasihati diri dengan perjalanan seerah
serasa dekat walau tidak pernah bersua
kehadiranmu Rasul sebagai insan yang maksum
menarik hati mendekati peribadimu

ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA MUHAMMAD
aku mahu jalan dunia yang nikmatnya fana
atau aku mahu jalan ALLAH dan jalanmu Ya Rasul?
maka bersabarlah jika aku menginginkan syurga
janji syurga untukku jika mahmudah mengisi keringat diri
kesulitan ini hanya fana seperti dunia
kebahagiaan menanti abadi di sana

Ya diri
menyayangi diri adalah langkah ke arahNya
pelukan zikrullah dan bahu tilawah untukmu
menenangkan hati lalu bersandar rehat
menzalimi diri dengan dosa adalah insan
taubatannasuha menyucikan dosa sebersih bayi

Ya diri
letih lesu mu
dicatat Tuhan
disaksikan sebagai amalan yang soleh
bahagia tidak tercatat dalam hidupmu sekarang
namun ia tersimpan berbondong di gudang akhirat

Ya diri
kamu tidak punya apa-apa
ada atau tiadanya iman tidak bermakna bagi Tuhan
ada dan tiadanya iman hanya untuk dirimu juga
penciptaanmu tanda Tuhan yang amat Pecinta
ada atau tiadamu hanya Ihsan Tuhan

Ya diri
peperangan dalam diri takkan henti
sedetik kamu lemah
syaitan menerkam menghempap dengan resah
nafsu menjadi ketagihan
dunia seperti tiada kiamat
akhirat bagaikan tiada tiba

Ya diri
kamu tahu bukan kamu hamba
mengapa jalan syaitan yang kamu tunduk
sabarlah menekan kemahuan diri
kerana ALLAH sentiasa bersama para shobirin
lawan depan depan nafsu dan syaitan
walau terduduk jangan sekali-kali berundur
setiap laungan ALLAH disambut tentera ghaib
mendakap tangan menarik diri agar berdiri
terus mara jangan berhenti

Ya diri
yang keletihan
yang menderita
fisabilillah
laa tahzan!
Innallaha ma'ana!!!
Allahuakbar!!

Allahuma inni
a'uu dzubika minal hammi wal hazan
wa a'uudzubika minal 'ajli wal kasal
wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl
wa a'uudzubika min ghalabatid daini wa qah rir rijaal..
Amiin...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home