Tuesday, October 11, 2005

Aku sudah jatuh cinta....

Alhamdulillah
aku sudah kembali rindu padaMu
Segala puji bagiMu
aku sudah kembali mampu
menangisi dosa-dosaku

Subhanallah
izinkan aku mendongak melihat WajahMu
izinkan aku melalui pintu syurgaMu
izinkan aku lulus HisabMu

Air mata mengalir
bagaikan larva gunung berapi
selama ini ia terpendam
tiba-tiba ia meletup
dengan picunya
adalah solat taubatku
meledaklah segala rasa
dan tangis dosa
mengalir tanpa henti-henti
akhirnya hatiku tiba-tiba menjadi tenang

CintaMu terlalu amat indah kerana
tiada senda gurau yang menggores hati
tiada kata-kata yang tidak sensitif
tiada kelemahan diriku yang tidak boleh diterima
tiada paksaan dalam melakukan perubahan
tiada jelingan benci
tiada perlian serta sindiran

CintaMU
hanya halawatul iman yang tak terucap
hanya pertolongan yang tidak dijangka
hanya kefahaman yang menyentuh hati
hanya sakinah yang melapangkan dada
hanya pelukan nur yang mendinginkan terik

Oh Tuhan
aku sudah jatuh cinta
jatuh cinta padaMu
rindu yang menggamit
ku doa agar kemuliaan milikku
melihat WajahMu
yang selama ini Yang Maha Ghaib!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home