Monday, October 10, 2005

Tadabbur Al Quran


Iqra' Bismi Robbikalazi Kholaq... Posted by Picasa

sebelum lembaran kitabullah
dibuka satu demi satu
nawaitu dibedah
kerana apa Quran dibuka?

sebelum dugaan menimpa
hasutan demi hasutan
melengahkan semangat jitu
motivasi ditiup semula
kerana apa istiqamah ini?

selepas tadabbur
renungan demi renungan
sedu berombak di dada
bilakah dosa-dosa terhenti?

selepas sabar
syukur demi syukur dilafaz
lulus ujian getir
adakah dosa-dosa terampun?

Al Quran
kalamullah
Tuhan berkata denganmu
aku membalas dengan iringan do'a..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home