Sunday, October 23, 2005

ya teman


laa tahzan InnALLAHa ma'ana... Posted by Picasa

ya teman
ada kamu nampak bulan?
aku mencari bulan kerana
mentari bukan milikku lagi

ya teman
ada kamu lihat tenang?
aku mengejar tenang kerana
kebahagiaan bukan lagi milikku

ya teman
ada kamu nampak ayat Tuhan?
aku mencari ayat-ayat Tuhan kerana
cinta Tuhan mampu menolongku di sini dan di sana

ya teman
ada kamu nampak iman?
aku mencari iman kerana
syaitan dan nafsu memperkudakan aku

Ya Tuhan
ada Kamu nampak aku?
aku dambakan perhatianMu kerana
tanpaMu aku terhuyung-hayang tanpa sandaran

ya diri
apakah kau istiqamah?
bangun dari tidurmu yang lena kerana
hanya dengan usaha kamu kan lulus ujian
di dunia yang ini dan di dunia yang satu lagi
amin....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home