Saturday, August 26, 2006

panahan cinta

ke mana perginya cinta
lari jauh dari paksi diri
tenggelam dalam ilusi
menari-nari irama depresi

cinta itu sirna
sengaja dlepaskan jiwa
agar tidak terbelenggu noda
atas serpihan harapan
dalam realiti yang tak mungkin wujud

lepaskan cinta
yang merudumkan kewarasan
berpaksikan nafsu dan mengikut kehendak zaman
cinta boleh berputik lagi
jika ia boleh sirna

namun satu cinta
kekal abadi
cinta yang tidak mungkin difahami
kerana kompleksnya ia
cinta hakiki
antara makhluk dan Sang Pencipta
beronak duri itulah buktinya
membakar serat nafsu bergelora
akhirnya jiwa jadi permata
yang hangus terbakar
adalah noda
maka terbuka luas hijab
di celahan gelap gelita
sinaran kasihNya terpancar
menggeletar jiwa
terpercik air mata
terduduk dalam nasuha!

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

cinta sentiasa hadir dalam diri manusia
kerana setiap insan tidak boleh lari
dari hakikat kenyataan setiap insan perlukan kasih sayang
cinta tak semestinya bersama dan menyatu
cinta yang kekal abadi adalah Allah S.T
biar kemusnahan melanda tetapi cinta takkan hilang
selamanya

Thursday, May 14, 2009  

Post a Comment

<< Home