puasa penyair
puasa adalah benteng
daripada lupa
daripada permaidani empuk
daripada anggur yang disuap
meleh sari buah di tepi bibir
puasa kata-kata
berkata adalah mudah
berbuat tidak ,diangkat tidak walau sehelai rambut
puasa seorang penyair
bila bait basi mual dimuntah
perkataan manis berubah tawar
tiada ruh, gelisah
gemerlap bintang gugur
pembaca menggeletar jijik
puasa pendinding jati diri
puasa penyair penyuci nawaitu
bait yang tertulis digelak malaikat
di kiri kanan bahu
0 Comments:
Post a Comment
<< Home