Friday, July 27, 2007

satu gelas pahit


kau menahan air mata
mempamirkan senyum
meramahkan perbualan
menguatkan bahu
menanggung beban
sendiri
seorang

kau terpaksa memaksa
sengih dibuat-buat
kadang terlampau
kerana sayu amat perit
sehabis kudrat
menutupi sesal
diam-diam mengakui lemah

kau mandiri, seorang
terhidang derita
kau kutip satu gelas pahit
kau minum sekali teguk
kerana kau tahu
untuk berkaki teguh
menghayun langkah
makan minum keperitan
sunnatullah

usah air mata itu ditahan lagi
tatkala tiada mata di sisi
tiada bibir mencerca
leraikan simpul kekusutan
sehabisnya sebelum
kau bangkit dari abu derita

0 Comments:

Post a Comment

<< Home