Tuesday, June 30, 2009

pendam

senyumlah sayang

aku mengerti

aku melihat

aku mendengar



hilangkanlah kerut di dahimu

ingin kudakap dirimu rapat ke dadaku

agar kau tenang di sisi mehnah-Nya



indahnya diammu

bersama sejuta garisan halus di dahimu

indahnya sinar yang memancar

di sebalik gelojak nafsu yang kau tahan



diamlah gelora di tepian alis matamu

air mata yang kau tahan

serupa sahaja kau zahirkan atau kau pendam

tetap mengalir secara ghaib atau terang



sebenarnya ramai yang menyayangimu

tanpa kau sedar

atau tanpa ragu meniup ciuman ke dahimu

tanpa kau melihat

kerana cinta itu halus seperti sabar di kalbumu

kerana cinta itu berdoa untukmu



sarikeisarawak

0 Comments:

Post a Comment

<< Home