Rintik
usah ditegah
lambungan bebola emosi
menerjah
biarkan ia merintik
melalui urat darah
lalu membasahi saujana seni
usah diacuh
suara layu menyapa
tetap setia bertemankan
bait sepi
mungkin berjaya ditelaah
usah dipasung
rasa meluap beruap
mencekik
nanti rebah
dimakan resah
dunia hanya
melihat sahaja
persetankan persepsi
durjana
***sarikeisarawak**
0 Comments:
Post a Comment
<< Home