Saturday, September 17, 2005


masih Posted by Picasa

senyumlah
senyum mu kan manis
rugi tidak senyum
kerana senyum mu
mampu menyejuk lara
pada mata yang melihat

senyumlah sayang
manis mu pada senyum
menambah seri cahaya wajah
lesung pipitmu menusuk qalbu

tetap senyum
walau terserlah
garis duka
namun dengan senyum
duka kamu kelihatan indah
kerana dengan senyum
wajahmu terserlah redho
menatapmu menunduk malu
sabar meredup di matamu
melirik ke kaki penuh tawadhuk

ya sayang
senyumlah
senyum mu
membuatku malu
malu pada Tuhan
akan sabarnya kamu
terus tegar dirimu!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home