lailatul qadar
lailatul qadar...
lailatul qadar
aku tidak kecewa dengan ketentuan Tuhan
aku hanya kecewa dengan usahaku yang sedikit
mengejar impian bersamamu hanya dalam mimpi kosong
tidak mahu gunungkan usaha menangkapmu
dan Rahmat Tuhan yang besertamu
lailatul qadar
khabarnya hanya mukmin
menanamkan azam berbulan-bulan sebelum Ramadhan
yang layak menggamit kemuliaan kurniaan Ilahi
pada malam yang diberi namamu
hanya yang terpilih
wajah-wajah mereka basah dengan wudhu'
ruku' dan sujud walau lelah mata dan tubuh
jiwa mereka tegar dan sentiasa menambah sabar
lailatul qadar
aku tidak sesal
kerana aku sedar siapa aku
masih bertatih setelah bertaubat
masih bergelumang dosa kecil
kian lama menggunung macam Everest
tiba-tiba dosa mengulit mata mengantuk
aku tertimbus di sebalik selimut yang empuk
dan titik hitam pekat di jiwa memanaskan nafsu
terjaga setelah suara sahur memanggil keras
lailatul qadar
mungkinkah kita tak akan bertemu?
kerana aku tidak pernah layak menjejakimu
dek pakaian dosa dan kotor nuraniku
tak pernah dapatku tanggalkan
tak pernah dapat ku tukar!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home