Thursday, March 31, 2005
Tolonglah aku!
Ya Tuhan
TOLONGLAH AKU!
Jangan Kau lepaskan aku dari genggamanMu
Tolonglah aku!
Walaupun di depanku fatamorgana dunia begitu mengilau
Tolonglah aku!
Walaupun di telingaku berkumandang lagu khayalan mengasyikkan
Tolonglah aku!
Walaupun insan di sekelilingku begitu bangga dengan rentak dunia
Tolonglah aku!
Agar aku ingat pada Mu setiap saat
Agar Engkau saja di fikiranku
Tolonglah aku!
Agar aku bersyukur padaMU
Agar lidahku masih terkumat kamit melafazkan do’a pada Mu
Tolonglah aku!
Agar aku bersabar dengan ketentuanMu
Agar kewarasan masih mengawal perasaanku
Tolonglah aku!
Agar aku dapat bersujud
Menundukkan kepalaku ke bumi
Menundukkan kehendakku
Menundukkan kepentingan diriku
Meletakkan Engkau di atas segala-galanya
Oh Tuhan
TOLONGLAH AKU!!
posted by sakinah @ 5:55 PM 2 comments
Sunday, March 27, 2005
sami'na wa ato'na...
Aku melafazkan
Sami’na wa atho’na
Tanda aku hambaMu
Bersyukur setelah bersabar
Ni’mat setelah derita
Akan ku pelihara kasih ini
Agar ia tersemat kemas
Dalam batasan KasihMu
Tidak tergelincir dari keterbatasan insan
Sentiasa memperbaharui iman
Dengan innamal a’maalu binniyyat
Agar kasih ini menggilap iman
Bukan menambah titik hitam
Tidak menjadi hijab
Antara Engkau dan aku
Ya ALLAH
Namun aku makin insaf
Akan keterbatasan ku
Aku tidak mampu hidup keseorangan
Kesunyian dan kesepian
Engkau Maha Mengetahui
Aku tidak mampu menggapai
Cinta dan rindu
Setinggi Rabiatul Adawiyah
Idolaku
Hanya dalam khayalan seorang insan hina
Kerana aku insan dhoif
Ya ALLAH
Untuk menggapai Cinta Mu
Rebah bangunku
Bersalut najis dunia ini
Aku tetap merangkak ke arah Mu
Mengetuk-ngetuk pintu Rahmat Mu
Mana tahu satu saat nanti
Engkau menerimaku
Oh Tuhan
Perjalanan mengenal diri
Tidak tahu bila akan berakhir
Kerana perjalanan padaMu
Bersalut duri
Bersenandung khayalan
Oh Tuhan
Terimakasih
Kerana Engkau Maha Lembut
Terhadap hambaMu
Yang keras hati ini
Meraikan perasaan insaniku
Yang tidak pernah puas ini
Ya ALLAH
Lebih aku mengenaliMu
Lebih aku kenal diriku
Lebih aku tunduk padaMu
Lebih aku rindu syurga yang abadi
Lebih aku rasa dunia ini beban
Semuanya adalah amanah dari Mu
Bukan tempat rehat
Malah tempat jihad
YA ALLAH
SAMI'NA WA ATHO'NA!
posted by sakinah @ 7:22 AM 0 comments
Kuun Fayakuun
sami'na wa ato'na
Ya Wadud
Mengapa air yg disuapkan
Dari tangan yang dikasihi
Terasa begitu ni’matnya?
Ya Muhaimin
Mengapa tausiyah
Dari seorang yang dicintai
Terasa begitu indah?
Ya Laathif
Mengapa teguran
Dari seorang yang dikasihi
Terasa mengalir sayangnya?
Ya Kholiq
Engkau menciptakan insan
Penuh perasaan halus
Ingin cinta dan ingin dicintai
Ingin didekati jiwa dan raga
Agar Kasih Mu mengalir
Dari Hamba-hambaMU
Yang mendambakan KasihMu
Ya Kholiq
Mengapa pemergian
Seorang yang dikasihi
Terasa begitu menyakitkan?
Ya Kholiq
Mengapa ujian
Menimpa yang disayangi
Terasa begitu menyayatkan?
Ya Wadud
Engkau menghidupkan
Engkau mematikan
Engkau memberi
Engkau mengambil
Kuun fayakuun...
posted by sakinah @ 7:15 AM 0 comments
Sunday, March 20, 2005
Untukmu sahabat sejatiku
Ya ALLAH
Aku bahagia senang sekali
Kerana sahabatku sahabat sejati
Faham syari'at faham kehendak Ilahi
Walaupun hati sedih sekali
Ya Robbi
Sahabatku sahabat sejati
MendahulukanMu dari segala segi
Jiwaku girang kasih di hati
PadaMu kami menyerah diri
Ya Robbi
Hati pasrah padaMu Ilahi
Bila dikurniai ni'mat hakiki
Suka duka bersatu hadapi
MengadapMu nanti bertaut hati
Mengucap salam di syurga Firdausi
Tersenyum simpul berseri-seri
Duduk berhadapan dikelilingi bidadari
Ya Robbi
Indahnya dikurniai sahabat sejati
Fabiayyialaaa irobbikuma tukazzibaan!
posted by sakinah @ 4:42 PM 6 comments
Saturday, March 12, 2005
Sejuk Hatiku
Ya Tuhan
Menghadapi hidup sebegini
Penuh ujian yang menyesakkan
Kadang-kadang terasa kekuatan
Kadang-kadang terasa kepincangan
Ya Tuhan
Di saat tinta ini ku ukirkan
Hati sedang berdarah menangis luka
Tiada penghujung dalam keluhan kepadaMu
Ya Tuhan
Aku bersyukur aku hambaMu
Walaupun aku hanya insan
Aku bersyukur dalam kesakitan
Engkau sentiasa dekat denganku
Ya Tuhan
Hanya menyebut ..." Tuhan...."
Sudah sejuk hatiku
Hanya menyebut ..."...Tuhan..."
Sudah berhenti darah ini
"Tuhan...Tuhan...Tuhan...Tuhan....."
posted by sakinah @ 9:16 PM 0 comments
Thursday, March 03, 2005
Saat aku jemu...
Saat aku jemu dengan amalanku
Al Mathurat hilang tidak menyalakan ruhku
Kemanisan zikrullah tidak terasa di hatiku
Hanya di bibirku terkumat-kamit lesu
Solat tanpa khusyuk tidak mengasyikkan jemu
Kemarau airmata tanpa keinsafan membeku
Aku tafakkur sejenak memohon petunjuk dalam keheningan
Mengharap pengampunan dalam muhasabah qalbu
Sesungguhnya ALLAH tidak pernah jemu denganku
Beribu-ribu kali aku berdosa padaNya dengan sedar
Beribu-ribu kali Dia mengampunkanku dengan sempurna
Dengan penuh Kasih Sayang menyahut taubat nasuha ku
Beribu-ribu kali aku buruk sangka pada ketentuanNya
Tanpa henti Dia menyuapkan rezeki ke mulutku
Sedang aku hanyut dengan angan-angan yang fana
Allah tidak jemu-jemu menunjukkan aku jalan keluar
Bila datang realiti hidup yang menyakitkan panas membakar
Tidak jemu-jemu Dia menyejukkan dengan keheningan yang aman
Wahai diri hanyutlah kamu dengan cinta dunia yang fana
Sesungguhnya syurga itu benar neraka itu wujud selama-lamanya
Wahai diri cintailah sesiapapun yang engkau mahu dengan asyik sekali
Sesungguhnya dia akan mati engkau akan mengadap Tuhanmu satu hari nanti
Wahai diri sudah kerasnya hatimu membatu hitam berkilat
Sesungguhnya Allah tidak melihat luaranmu
Samada kamu kaya ataupun miskin
Samada kamu perempuan atau lelaki
Samada kamu cantik atau hodoh
Hanya hatimu yang bersih muthmainnah mengadap ALLAH
Bila tiba masanya ruhmu terbang kepadaNya
Mahukah ALLAH melihat menerimamu dengan bangga di hadapan malaikat
Lalu berfirmanlah kepadamu
INILAH HAMBAKU
DI DUNIA DIA BERTAQWA KEPADAKU
DI DUNIA DIA RINDU KEPADAKU
DI DUNIA DIA MENCINTAIKU
DI DUNIA DIA SABAR DENGAN UJIANKU
DI DUNIA DIA REDHO DENGAN KETENTUANKU
DI DUNIA DIA MENYEMBAHKU
WALAUPUN AKU MAHA GHAIB
Ya Allah Yang Maha Mengetahui
Yang Maha Mendengar
Yang Maha Melihat
Kabulkan doaku ini
Takdirkan hamba itu
Adalah aku.......
Amiieen yaa RABBAL “ALAMIIN!
posted by sakinah @ 7:34 AM 0 comments
Wednesday, March 02, 2005
Agar aku insaf
pasrah walaupun di dalam kepayahan....
Ya ALLAH
Sempurnakanlah imanku
Agar aku dapat melihat WajahMu
Ya ALLAH
Sempurnakan akhlakku
Agar aku dapat membanggakanMu
Ya ALLAH
Sempurnakanlah hatiku
Agar aku dapat menghirup Kasih Mu
Ya ALLAH
Sempurnakan aku dengan tawakkal
Agar aku tidak berhenti sekerat jalan
Ya ALLAH
Sempurnakan tekadku
Agar aku tetap bangun bila rebah
Ya ALLAH
Sempurnakan malu ku
Agar aku dapat melindungi kehormatan ku
Ya ALLAH
Sempurnakan aku dengan sifat redho
Agar aku tetap meneruskan perjuangan ini
Ya ALLAH
Sempurnakan sifat kehambaan ku
Agar aku tahu sandaranku
Hanyalah padaMu
YANG MAHA SEMPURNA
Agar aku insaf aku insan
Lemah tidak berdaya...
posted by sakinah @ 7:57 AM 0 comments
0 Comments:
Post a Comment
<< Home