CINTA SUCI
Tuhan
iznkan aku melafazkan jeritan
berbisikkan hempedu dosa
berselaput dengan asap lagho
aku tidak nampak
doaku naik ke langit
aku tidak dengar doaku diaminkan malaikat
aku tidak nampak masyarakat langit
mendengar suara hatiku
tapi Tuhan...
Tuhan MAha Mendengar!
dan Tuhan Melihat aku!
Tuhan
sayang ini menghimpit hati
tidak boleh tidak harus ku tolak ke tepi
kerana ia tidak mungkin bersatu dengan satu lagi
iaitu Cinta Tuhan tidak setanding cinta insan
tidak pernah aku dimanjai
sekarang ini aku dimanjai dalam sehari
dibelai perasaan dengan memahami dan menghargai
aku terharu dengan kasih tulus mulus darah dagingku
walau sehari cuma
namun ia sudah membuat aku rindu pada mereka
Tuhan
cinta ini pernah bersemi
kerana keadaan yang memaksa
ia meresap perlahan dalam diam
tanpa ku sedar
tiba-tiba hanyut membelai perasaan
kini harus ku tepis
kerana ia cinta insani
aku mengikat janji
dengan Ilahi
aku tidakkan meninggalkan sepi
rasa kebersamaan Tuhan dalam hati
kerana saat Tuhan bersamaku
meniti neraka hidup yang membakar
tanpa henti hampir memakan hati
hangus hitam bersalinkan kulit
bergantian antara keluhan dan redho
aku gagal sempurna namun usahaku tak pernah leka
Tuhan
hanya kata dua tiga bait
menikam hati membuah dendam
kusiram cepat-cepat dengan maaf
alhamdulillah sejuk segar hati yang berparut
hanya kata dua tiga bait
menguakkan sabar dan impian bersama
bukan di sini
malah di sana yang abadi
cinta suci
cinta suci
cinta suci....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home