Tuesday, November 15, 2005

Syawal di Masyhar

sesungguhnya aku berpuasa
insya ALLAH 6 hari syawal yang indah
sesungguhnya aku melakukannya kerana ALLAH
jika tidak kerana ia amalan Nabiku
tidaklah ia ku pandang berat

kebanyakan insan tidak mengerti
kelonggaran yang diberi
bukan bermakna tidak diusahakan
walau bukan kewajipan
namun ia langkah mendekati Tuhan

Kasih Sayang Tuhan amat besar
walau darah mengalir di sana sini
namun bukan kah itu kematian yang ditentukan
mati syahid dunia dan akhirat

Penyakit wahn menimpa ummat
takut mati dan cinta dunia
makan minum tanpa berhenti
sehingga jemu walaupun enak dimakan

Oh Tuhan
aku tidak mampu lari
dengan pertemuan denganMu
walau sudi atau tidak
aku kan mengadapMu
di masyhar nanti

akhirnya bertemu dengan AL KHALIQ
di mana aku mahu lari
tiada kudrat melainkan dengan IzinNya
kata tidakkan keluar dari mulutku
yang berbicara hanya tangan dan anggota lain
adakah 'aib ataupun rahmat ALLAH
menanti di hadapan ALLAH nanti?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home