Ya MUHAIMIN
Ya Muhaimin
merasai KasihMu menyinggah
mengisi setiap ruang polos
terucap hiba meniti sedar
Ya Muhaimin
jiwa pun tergagap menyebut syukur
Ya Muhaimin
KasihMu pantang di lakar
tiada kata seindah bahasa
seindah sinaran sejuk NurMu
YA MUhaimin
ketika segalanya senyap dan beku
jemari membelai hangatnya selimut dunia
tetap tidak terisi sepi
malah menambah lara di hati
Ya Muhaimin
lantas dunia ini untuk apakah?
menanam bibit rindu padaMu?
menanggung hebatnya dilema kenangan seerah
menggamit sedar menitis air mata
NabiMu rindu pada ikhwah nya
mahu sangat menerkam ambil
kasih sejati Ilahi dan Nabi
benih cinta yang tak mahu ku padam
Ya Muhaimin
terasa berat memeluk istiqamah
air mata menitik kerana begitu sulit
tak berseri amalanku
namun ku seru diriku
jangan berhenti kamu
bila datang Kasih Belas TuhanMu
jangan nanti kamu tidak menyambut
Ya Muhaimin
lembut selembut sutera syurga
namaMu menyandarkan naluri
rehat sebentar selagi zikrullah
tak terasa penat melawan sarakah
ringan setelah beban
walau sesaat rehat ini meneguk air
menghilang dahaga menanam semangat
ruh Islam dibajai sabar dan solat!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home