Monday, May 01, 2006

3. Mulia Jilbab

Jiwa gadis itu terbelenggu dengan bermacam-macam persoalan. Dia berasa keseorangan di kala itu.Sunyi. Dia baru terlibat dengan persatuan agama, baru berjinak dengan konsep ukhuwwah malah baru sahaja mengikuyti usrah umum. Dia tiada tempat untuk dia mengadu akan kepincangan yang dia rasakan.

Keesokan harinya, dia mengikuti kelas dengan perasaan sebal. Murung dan mendung saja wajahnya. Kelihatan teman-teman lain memerhatikan sahaja pergerakannya hari itu. Kelihatan juga berita mengenai kelakuan nakal lelaki itu juga diketahui mereka. Di wajah mereka ada yang tersenyum sinis. Ada juga yang kelihatan sesal dengan dengan apa yang berlaku. Tetapi mereka yang sudah masak dengan kelakuan lelaki itu seperti menerima sahaja peristiwa itu sebagai fenomena biasa.

Gadis itu menjerit di dalam hatinya. Di manakah semangat keislaman yang ditunjukkan oleh mujahidin Islam yang terdahulu? Sudah pupuskah? Di mana sebuah peristiwa lelaki Yahudi menyingkap kain seorang muslimah menyebabkan kemarahan para mujahidin sehingga megumumkan perang ke ata kaum yahudi itu?.

Idealismenya runtuh satu per satu. Kesedihannya menyebabkan dia murung. Sehingga dia tertanya-tanya apakah lagi yang menarik minat lelaki-lelaki lalat menghurungnya sebegitu? Gadis itu hanya mahu menjadi seorang Fatimah yang tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat dia. Tanpa dia sedari dalam dia menjaga pandangan itu, lelaki pula yang memandang dia sewenang-wenangnya.

Gadis itu nekad. Dia menjahit secebis kain yang digunting dari lapisan belakang tudung labuhnya. Dia nekad. Setelah kuliah , dia berjalan-jalan di sebuah kedai jahit milik seorang muslimah. Dia tertarik dengan perwatakan muslimah itu. Dia tenang melihat wanita itu bermuamalah dengan pelanggan-pelanggannya dengan cara yang benar-benar Islami.

Pertama kali dia membuat perubahan itu ialah di dalam perjalanan pulang dari masjid. Payah untuk dia bernafas dengan sempurna. Tersekat-sekat nafasnya. Panas terasa wajahnya. Tetapi gadis itu berlainan dari gadis yang lain. Dahulu, ia pernah berdegil di dalam melakukan maksiat. Sekarang setelah dia mengenal Islam dia akan berdegil di dalam mendalami dan beramal dengannya. Keputusannya nekad.

Keesokan harinya, dia menutup wajahnya dengan fail untuk melepasi jaga yang sedang leka berbual di posnya. Apabila tiba di kelas semua orang terkejut. Terpinga-pinga melihat gadis itu. Malah ada yang begitu marah dan menyampah. Ada yang langsung tidak menandangnya. dalam hati mereka berdetik beraninya gadis ini. Semestinya dia akan menghadapi masalah dengan pihak pentadbiran. Mana ada budak "LAW" yang sepelik dia? Semuanya terkedu. Senyap membisu. Berdebar-debar. Malah lebih cemas dari gadis tersebut. Lelaki yang berdosa padanya pun terkejut melihat perubahan. Seolah-olah menerima khabar esok hari kiamat baginya.

Gadis itu nekad memakai purdah. Dia merasai wajib baginya menutup wajahnya dengan sehelai kain yang amat digeruni pada ketika itu. Dia amat menyalahkan dirinya. Wajahnya yang menarik lelaki-lelaki lalat mendekatinya. Setelah mengambil keputusan tersebut bermulalah hidupnya sebagai gadis yang berpurdah. Makin terasing. Menjadi ghurabaa'.

Begitulah kisah seorang gadis. Gadis yang amat naif. Amat naif. Tetapi kenaifan yang diselimuti hati yang bersih ditadahi rahmat Tuhan. Melangkah dia di atas ranjau yang berduri. Sebagai seorang gadis yang berniqab yang mendapat tentangan dari semua pihak. Sehinggalah 15 tahun berlalu. Istiqamah, masih bergelar wanita muslimah berpurdah.

" Nur, nur ingat ummi pakai purdah ni saja-saja ke?" Pertanyaan mulus anak dijawab dengan bergurau. Anaknya sudah remaja dan sering berbahas. Gadis yang sudah menjadi wanita yang matang itu melayani rentak persoalan dengan gaya seorang kawan kepada anaknya. Nur anaknya tersenyum nakal.Berbalas senyum mengerti antara seorang ibu dan anaknya.

Wanita itu termenung."Oh anak, ummi diselimuti nostalgia. Ummi berdoa agar pengalaman dakwah ummi dapat dijadikan pedoman bagimu anakku, puteriku. Sedalam-dalamnya cinta Ummi padamu, berdirinya kita di hadapan Tuhan nanti berasingan. Engkau engkau. Aku aku. Menjawab segala persoalan hidup di hadpan ALLAH.

Purdah ini mendidik Ummi menjadi seorang yang ikhlas. Menjauhkan Ummi dari pandangan lelaki-lelaki yang tidak ikhlas. Sering berzikir di sebalik tabir tanpa berasa riya'. Tidak risau dengan penampilan.Malah menjadikan Ummi setaraf dengan insan-insan yang mencintai ALLAH.

Walau sekarang ini, Ummi sudah tua, purdah ini bagaikan kulit di wajah Ummi. Jika dibuang, seolah-olah tersiat-siat kulit wajah Ummi. Insan lain mengatakan purdah mengongkong. Tetapi di sebalik tabir ini, air mata kasih Tuhan mengalir di sebalik setiap perit."

Semoga lembah kenangan menghangatkan kobaran iman yang semakin susut di hatiku seorang muslimah.

Tamat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home