AR RAHMAAN
hamba hanya mahu menyembahMu
mengapa terlalu banyak penghalang ke arahMu
sedangkan cintaMu amat mudah digenggam
namun ramai yang dengki
ramai yang hasad
hati hamba hanya mahu mentaati tuanNya
mengapa begitu payah istiqamah
mengapa sakinah bagaikan dicarik-carik
saat-saat indah kemanisan ibadah dicabut
oleh sedetik titik hitam memanggil
lalu tersadai dengan harapan yang berkecai
apa-apa saja Engkau terima dari hambaMu
namun hamba mahu memilih apa yang termampu
setelah banyak ni'mat tercurah
tanpa bayaran
hambaMu tergamak meminta yang bukan-bukan
berapa kali hambaMu melakukan maksiat padaMu
berapa kali Kamu mengampunkan dosa
tidak terhitung kasih sayang dan RahmatMu
maka apakah balasan dari hambaMu?
maka apakah ni'mat ALLAH yang kamu dustakan?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home