Friday, December 01, 2006

doa ibu

anak
pipimu ku belai dengan titisan air mata
mulut mu ku cium dengan doa seorang mujahidah
tubuhmu ku rangkul gagah dalam qalbu ku
Ya Tuhan
jadikan anak ini anak yang mendoakan aku di kuburMu

anak
nyawa ku perjudikan untukmu
senyum manis ku paksakan di wajahku
ku harungi duri dalam daging
asal kau senyum mulus
asal kau sanggup sami'na wa atho'na
pada seruan Tuhan yang Satu

anak
mari nak
kita melangkah bersama
menuju pintu syurga
selepas kita dihisab berasingan
mari nak
kit a seiringan
bersujud
pada saat WajahNya muncul
di depan kita..

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

smua buat sendiri ke?

Thursday, December 07, 2006  
Blogger sakinah said...

yup...insyaAllah!

Friday, December 08, 2006  

Post a Comment

<< Home