Wednesday, January 03, 2007

getaran

aku memeluk harapan
dan aku melepaskan anganan
realiti tetap ku telan
di samping tunas cinta suci
ku riba dengan kemas

mengapa sering bertentangan
hidup ini tidak pernah berpanjangan
suka duka beriringan
Tuhan mengambil
di samping Tuhan memberi

aku tidak mahu lagi terawang
mencari-cari identiti
sudah jelas terang
aku seorang insan
sebaik-baik kejadian
ciptaan Tuhan

tiada cacat cela jasmaniku
cuma mental masih tidak kental
iman suci ku sandari
bertubi-tubi ku rebah
di bantal taqwa
melepas lelah

ku ratakan emosi
ku getapkan gigi
menggigit sekelumit tabah
jangan lepas
hari ini hampir luput
esok kan matahari bersinar lagi
malam ini perjuanganmu rehat
esok bangkit dengan sepotong ayat suci

Oh Tuhan
imanku bergetar
ku syukuri nafasku masih gagah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home