Saturday, March 24, 2007

Singgah Kekasih

terucap hiba meniti sedar
jiwa pun tergagap syukur

Kasih-Mu pantang dilakar
sinaran sejuk Nur-Mu

ketika segalanya senyap beku
jemari membelai selimut dunia
menambah lara di hati

lantas untuk apakah?
menanam bibit rindu?

menanggung dilema kenangan
kasih sejati Ilahi dan Nabi
benih cinta yang tak mahu kupadam

lembut sutera syurga
Asma-Mu menyandarkan naluri

rehat adalah zikir
pertarungan sarakah
ruh dibajai sabar dan solat!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home