Monday, March 05, 2007

ajak

aku mendengar
seorang wanita menjerit
tolong
kerana perit disimbah duka
ajakku menangis

aku melihat
seorang wanita
melambai tenang
bertelekung putih
berdiri di atas sejadah
ajakku berharap

aku menarik nafas
siapa wanita itu
mungkin aku
mungkin kamu
ajarku bersabar

0 Comments:

Post a Comment

<< Home