harapan yang pergi
aku berenang dalam kedukaan
rasanya seperti cuka
membakar kulitku
memaksa kumenelan seteguk demi seteguk
sehingga aku kekembungan
merintih kesakitan
aku lemas dalam kepasifan
bertalu-talu mebiarkan orang lain
menumbuk maruahku sehingga lumat
berbekas tapak kaki di pipiku
air mata kehinaan mengalir dalam kebisuan
aku menjadi buta
kerana aku putus asa
tali kehidupan yang putus
menjadi layang-layang
harapan yang pergi
entah bila kan kembali
0 Comments:
Post a Comment
<< Home