Sunday, August 26, 2007

bulan syair


bunga tulip kupetik di Mulgrave Street, Liverpool
dulu hanya wujud dalam mimpi untuk kuulit igau

bunga dandelion kurayu di celahan retak di taman Hyde
dulu hanya kutonton ia beralun ditiup bayu di kotak televisyen

titisan salji kulahap dengan lidah Khatulistiwa
waduh, suci bersih selapik permaidani putih menutupi tanah

madu syurga dunia mengilau mataku , sianak kampung
dedaunan jingga malah ungu mengghairahkan naluri terpendam

kuluahkan laungan puas kerana kakiku menjejak juga
sebuah taman untuk kupejam mataku sambil lena

aku berada di bulan yang disyairkan pujangga

0 Comments:

Post a Comment

<< Home