kosong
di sebalik tabir
berlabuh di wajah senja
malam kian meronta
kian memaksa
sebuah karangan jiwa
terawang idealisma di altitud tinggi
sehingga perit dada bernafas
teresak-esak akhirnya kemaafan
terjulur jemari terhulur
membeku di kutub
kerana matahari menyinar
hanya di situ, khatulistiwa
dalam kosmologi jati diri
tersepi sebuah kendali sesat
tergagap menyebut Tuhan
kontang
0 Comments:
Post a Comment
<< Home