empati
Tuhan ke manakah sabarku berjalan
jalan yang tersimpang jauh dari kitab amalan
di bibir ini , ada doa
di hati ini , ada impian
namun tangan ini menghayunkan sesal
seorang bonda yang tersesat akal
di bibir ini, ada istighfar
di hati ini, ada goresan
kata anakanda bunda ke mana
rindu dendam dipeluk duka
dalam diam, ada derita
dalam faham, ada ronta
kerana namakah bonda?
kerana duniakah bonda?
anakanda tidak kenal?
siapakah bonda?
adakah bonda?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home