Sami'na wa atho'na
kami dengar dan kami taat!
Aku melafazkan
Sami’na wa atho’na
Tanda aku hambaMu
Bersyukur setelah bersabar
Ni’mat setelah derita
Akan ku pelihara kasih ini
Agar ia tersemat kemas
Dalam batasan KasihMu
Tidak tergelincir dari keterbatasan insan
Sentiasa memperbaharui iman
Dengan innamal a’maalu binniyyat
Agar kasih ini menggilap iman
Bukan menambah titik hitam
Tidak menjadi hijab
Antara Engkau dan aku
Ya ALLAH
Namun aku makin insaf
Akan keterbatasan ku
Aku tidak mampu hidup keseorangan
Kesunyian dan kesepian
Engkau Maha Mengetahui
Aku tidak mampu menggapai
Cinta dan rindu
Setinggi Rabiatul Adawiyah
Idolaku
Hanya dalam khayalan seorang insan hina
Kerana aku insan dhoif
Ya ALLAH
Untuk menggapai Cinta Mu
Rebah bangunku
Bersalut najis dunia ini
Aku tetap merangkak ke arah Mu
Mengetuk-ngetuk pintu Rahmat Mu
Mana tahu satu saat nanti
Engkau menerimaku
Oh Tuhan
Perjalanan mengenal diri
Tidak tahu bila akan berakhir
Kerana perjalanan padaMu
Bersalut duri
Bersenandung khayalan
Oh Tuhan
Terimakasih
Kerana Engkau Maha Lembut
Terhadap hambaMu
Yang keras hati ini
Meraikan perasaan insaniku
Yang tidak pernah puas ini
Ya ALLAH
Lebih aku mengenaliMu
Lebih aku kenal diriku
Lebih aku tunduk padaMu
Lebih aku rindu syurga yang abadi
Lebih aku rasa dunia ini beban
Semuanya adalah amanah dari Mu
Bukan tempat rehat
Malah tempat jihad
YA ALLAH
SAMI'NA WA ATHO'NA!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home