Tuesday, June 13, 2006

mungkin aku...

mungkin aku tidak mahu menangis lagi
lalu ku cuba lari bersama seraut maksiat

mungkin aku tidak mahu derita lagi
lantas ku zahirkan kekosongan hati

mungkin aku tidak mahu keseorangan lagi
lalu ku luaskan sayap di luar batasan suci

mungkin aku berasa lesu bermujahadah
maka aku menelusuri jalan nafsu yang meruntun

mungkin aku tidak mahu mengikuti jalan yang lurus ini
terlau payah tanpa berteman tanpa perhatian

mungkin selama ini nawaituku tidak suci
tidak ikhlas menjunjung ilmu
tidak lurus menuju akhirat

Oh Tuhan
mungkin aku sedang berada di tebing neraka!
Oh Tuhan
selamatkan aku...selamatkan aku.....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home