Monday, December 19, 2005

aku dan engkau adalah muslimah

ya adeq
itulah ujian
Kun Fayakun
baik buruk ketentuan Tuhan
segala-galanya kepunyaan ALLAH

Ya adeq
namun kamu tetap seorang muslimah
berbanggalah dengan jati dirimu
aku seorang muslimah
adab dan akhlaqku muslimah
berjuanglah mati-matian
bersedialah untuk syahid
menegakkan akhlaq muslimah

ya adeq
jangan berbangga dengan kecantikanmu
jangan berbangga dengan keintelektualanmu
jangan berbangga dengan memiliki cinta insan lain
tapi berbanggalah kamu dengan akhlaq islamiyyahmu

ya adeq
menangislah
jika itu manifestasi sabarmu
menagislah
jika itu melegakan hatimu
jika tidak ada perit
tidak ada lah sabar
jila tidak ada ujian
tidak ada lah redho

ya adeq
dosa-dosa mu terlerai
bersama setiap titis tangismu
itulah matlamat ujian
bila sudah hilang segala dosa
maka dari situ bersihnya hatimu
dari situ makbulnya do'amu

ya adeq
hatimu takkan tergelincir
selagi dipagari dengan zikrullah
kamu mencari redho ALLAH
bukan mencari redho insan
sayangku padamu kerana ALLAH
sayang yang meningkatkan taqwa
sayang yang saling menutup 'aib
itulah ukhuwwah islamiyyah!

2 Comments:

Blogger IeNa said...

akak,

barakallah...saya tak mampu nak kata apa2 sekarang ni :(

Monday, December 19, 2005  
Blogger sakinah said...

semoga di hadapan ALLAH nanti kita dapat menjawab bahawa kita sudah berusaha saling menasihati mendekatkan diri kepada ALLAH sebagai sahabat

Tuesday, December 20, 2005  

Post a Comment

<< Home