Wednesday, December 07, 2005

cinta ideal ku

Cinta Ideal ku

Aku mencintaimu
walau kamu hanya imej di benakku
syurga belum milikku lagi
mati belum ku tempuhi

Aku mencintaimu
engkau menguasai segala rasa ku
tapi aku masih berdosa
belum melepasi Hisab Mashyar
malah masih belum memadai taubatku

Aku mencintaimu
walau engkau tanpa wajah
tapi cintamu pada Tuhan
memikat dan menyerap segenap ruang hatiku
dan aku jatuh cinta

Ya Tuhan
aku mencintainya
merinduinya
ingin bersamanya
kerana
melihat dia
mengingatkan aku padaMu
bercakap dengannya
meningkatkan taqwaku
melepaskan dia
tidak pernah ku sesali
kerana mencintai tak semestinya
memiliki...

Tuhan...
kurnia ini milikku
hanya dengan izinMu...

bertemu di sana
hanya dengan RahmatMu..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home