Peluang
ya ALLAH
bila ku pejam mataku tanpa zikr
jelas terpampang wajah insan-insan yang ku sayangi
resah gelisah ingin bertanyakan khabar
malah derita merindui kerana jauh dari pandangan
Ya ALLAH
bila ku pejam mataku
lantas mulutku berzikir
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
sakinah hadir bersama bauan syurga
menyemarakkan cinta yang tak tahu bila
dapat ku sentuh dengan tangan
lalu selama-lamanya rehat di atas tilam empuk
Ya ALLAH
aku gagal merealisasikan
konsep hasbi rabbi jalallah
kerana hati ku sarat dengan cinta dunia
namun aku meminta berilah peluang bagiku
membersihkan jiwa menagih segala hanya dariMu
Ya ALLAH
aku amat lupa
Engkau Maha Cemburu
maka hati ini jika benar milikMu
bersihkanlah bersihkanlah
sentiasa!
amin
0 Comments:
Post a Comment
<< Home