Sunday, December 25, 2005

syahwat

Ku gerak-gerakkan
lidah yang beku
keras macam tulang
liat macam daging otot
lalu terhambur kalimah
"..laaaaa ila ha illALLAH......."

terus sejuk dingin
hati yang panas
keras macam batu
cair macam salji di hujung musim
menitik-nitik air di hujung
dingin dan sejuk
seperti mengalir air di tekak
yang kering-kontang macam sahara

"....Muhammadur Rasululullah....."
dari lidah turun ke hati
bagai terusan air dibuka luas
membasahi hati yang perit kering
basah kuyup lubuk-lubuk kotor
berkelodak dengan najis dosa

keluhan akhirnya terhembus keluar
panas dengan kehanyiran putus asa
hidup ini aku tak nampak syurga
biar cepat-cepat syurga dunia ku kecap
dibelai kekasih dan dipeluk anak-anak
kekayaan wang dan harta perhiasan
aku mahu sekarang..sekarang...cepat..cepat!

jujur sejujurnya
inilah aku...
inilah aku...
sanggup kehilangan segala yang kekal
hanya kerana sedetik aku tidak mahu sabar
hanya kerana sesaat aku tenggelam dalam syahwat!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home