Saturday, April 28, 2007

simpul




simpul cintamu
benar
senyummu bulat
ikhlas
tawamu, tangismu
hangat hidup
ibu

sarat
awan rindumu
adalah hujan
rahmat ibu

ayat cintaku



aku ingin sekali menulis ayat-ayat cinta
Penciptaku, kepada-Mu
ingin ku merafak sembah pada-Mu
dengan ukiran paluan nobat cinta

mustahil kerana
aku sendiri satu
daripada ayat-Mu..

Wednesday, April 25, 2007

putus



sebuah perjalanan turun
dalam, dalam
diri ini ada kegelapan
meronta leraikan
leraikan
lepasi rantaian
aqidah iman
simpulan

turun, turun
merendah tunduk
naik jangan lebih
takabbur ujub riya
kuku panjang mencengkam
keranda ditutup
gelap

teliti, dengar
suara dari dalam
kata azimat
jangan tutup
jangan menyuap
hip-hop, blues, pop

letih, berhenti
jangan gugur
daun kering
boleh kitar semula
iman pun harap tidak
putus asa
terus putus, putus

Monday, April 23, 2007

Benci (Untuk Anak Palestine)

mendodoi menggengam tubuh kecil
mata terpejam dendam terkambus
darah cinta yang pekat mengalir
membuak-buak menyesakkan jantung

lirikan senyum senget menyindir
cebik mulut yang menggatal
mengacum derita mencucuk nanah
turun naik dada menolak marah

sandiwara di dunia berilah tepuk
sahutan puji memekak tuli
syabas kerana menjahanamkan seri
di belakang pentas yang berseri itulah
tawa bebal bertukar raung ngeri

tanpa ucap berkali-kali
tanpa muntah benci
keluar meleleh dari hati
zalim tak terkata
menyengat manusia

Panggilan

Qur'an memanggilku
sayup-sayup ajakannya
tenggelam -timbul sibuk
meraba-raba hiruk- pikuk
menjeling-jeling rayu belas

Tafsir berdebu
apa umur juga terhenti?
atau terus sayu
insan ini layu?

Esok-esok aku mati
maaf di hati?
meratakan rayu
ampun ibu
ampun ayah
kamu?

mati menjengah
aku menaip sajak
maut menggeleng kepala
aku terus menaip
berkumandang
apakah ini bekalku?

Saturday, April 21, 2007

"A"

"A"
jerit anak-anak
"A-L-L-A-H!"
sahut guru
"A-L-H-A-M-D-U-L-I-L-L-A-H!"
sorak ibu ayah

dari satu abjad
perkataan menghiasi nama
menukil ayat-ayat mulia
berombak ayat-ayat cinta
dari satu abjad itu
amal jariah di akhirat
dari kanan buku amalan dihulur
membuah dan berkembang-biak
dari hanya satu "A"

fikir!
dengan akal Rabbani
rasa!
minum dari kali Kausar
bau!
haruman tangkai Raihan
bermula, sini
akhir, syurga

Friday, April 20, 2007

kutinggalkan hatiku di sini....

kuletakkan kepingan hatiku di sini
lalu kuucapkan selamat tinggal
sekejap lagi angin segar kuhirup
ruhku sejuk
akan kuambil kembali

kutinggalkan kamu di sini
tempat ini memayungi
penuh warna-warni
khatulistiwa mendingin

perpisahan ini seni
sudah kudengar zapin menari
sebelum ini kaki tangan berpencak silat
menikam lalat

Wednesday, April 18, 2007

tali yang satu

pejam mata
hijrah
larutkan diri
simfoni hak
yang benar
yang sabar

lorong kosong
gelap tapi nampak
menerawang ke satu arah

menyepi
tersedu
sakit dipikul
keluh dibendung

pendam perasaan
jangan takut
kuat bukan permintaan
kuat itu kerana satu tali

Sunday, April 15, 2007

hijab

HIJAB TERUNGKAP

hati sepakat menunduk
tanpa bisikan jelas
damai Rasul
insan maksum

kumahu jalan
di dunia fana'
mahmudah mengisi keringat
kesulitan juga hanya fana

menyayangi diri melangkah
pelukan dan bahu
menenangkan bersandar rehat
amal tersimpan
berbondong di gudang akhirat

ada atau tiadamu hanya Ihsan Tuhan
perang syaitan, nafsu
menerkam
menghempap
akhirat tidak akan tiba
mendakap tangan
menarik diri
berdiri

Sunday, April 08, 2007

berhenti pengecut

berambus
pengecut
kata masa

tunduk
kukutip
keping-keping hari

hati berdesah
di tengah taufan
hati ribut
akal liut

cebisan saat
kuterus akur
semua berpusing
kuterus kutip

demi masa

demi maut

masa maut

kupaut


berhenti
pengecut
kata maut

Saturday, April 07, 2007

Batman Ninja

senyum kambing
batman lalulah
bukan batmanlah
ninja!

wahai cik adik
matamu sungguh cantik
mengapa wajahmu berpurdah?

dari atas sampai bawah
hitam dan hitam
hanya matamu yang comel
menjeling-jeling
menyampah?

di poster itu
gadis telanjang
telanjanglah (itu kerjanya)
namun jiwanya tak telanjang
kubosan

wahai cik adik
batman ninja
kutetap tertawan
walau susuk tubuhmu halimunan
jiwamu kurasa hangat
dengan kemanusian
dengan misteri semulajadi

ayuh cik adik
melintas tepi jalan
mengganggu kubekerja
mari dekat
mari bisikkan
mengapa?

Monday, April 02, 2007

ummati

cahaya nur seorang Nabi
seorang lelaki yang mencintai
ummati, ummati
kelak air mata ini
apakah akan memadamkan api?

sedihmu terduduk
sebelah Khadijahmu
sayu seorang Nabi menangis
apakah tulang khadijah
dapat dijual
menyalakan obor?

ummati, ummati
rayu seorang Nabi
sahabat terpinga
siapakah saudaramu
wahai kekasih ALLAH?
mereka ummat selepas
namun sering merindui
mengikuti jejak ghaib
seorang Nabi akhir zaman
hanya kitab tulisan
peneman melolos diri
dari azab hakiki

aku malu mengakui
malu membalasi
malu
aku

lapisan dusta

Pimpinlah tanganku
saat mengangkat takbir
seolah mengangkat gunung

tatkala melangkah untuk berwudhu'
seperti berjalan di atas bara api
kaki kuseret


tatkala timbul dusta
musnah suci

kan kutembus
lapisan dusta