Tuesday, March 28, 2006

Anugerah


sikembar buah hati gunung meletup.... Posted by Picasa



merantai benih di pedalaman suci
terbit mentari dua sejoli
melambai riang pada ibu tercinta
kami di sini ibu tabahkan hati

hati ibu merintih sayu
oh Tuhan indah nian
nun jauh di sudut hati
ibu tersentak Tuhan memberi

dari sujud syukur ke istighfar
hakikat Tuhan yang Awwal
Tuhan yang Akhir
menentukan hidup mati insan

rahim ini hanya tempat ditiupkan roh
dua insan meniti taqdir mereka
bersama mengharungi duniawi fana
wahai ibu senyumlah untuk kami

kasih ibu prihatin ayah
kami teguk tanda rezeki Tuhan
kami insan kami hamba
hidup mati di tangan Tuhan!

Wednesday, March 22, 2006

panggilan azan

tarikan jiwa
ke manakah arahnya
bisikan menjemput
aku pulang
pulang
ke satu hati
yang pernah ku miliki

suara itu
menarik telingaku
seolah suara itu
pernah melaungkan azan
menemani dalam sepi

aku rindu
tapi rindu ini
bukan hanya milikku
milik semua hamba

wahai bisikan rindu
panggillah aku
hembuskanlah cintamu
tunjukkan aku
dimanakah kamu?
palingkan kepalaku
menyahut rayuanmu
aku mahu mendongak padaMu!

Saturday, March 18, 2006

Oh Itu....

aku akhirnya mengaku akan dosa-dosaku
yang langsung ku lupa kerana ianya remeh bagiku
sebenarnya tidak di sisi Tuhanku
sejenak dulu aku terkejut dengan tamparan
lantas aku termenung merenung jendela kosong
ke arah awan bintang dan langit yang menenangkan
oh itu baru ku teringat kabur ku
merenung maksiat jatuh ke zina hati
dari mata yang berzina kepada hati yang bernoda
oh itu! Astaghfirullah, astaghfirullah!

sakit ini tidak sedikitpun tumpah kepada insan terdekat
hanya aku dibakar api membersihkan kejahatan di dalam hati
Tuhan tahu bukan ku mahu membuka 'aibku
tapi TUHAN MAHA TAHU!Tuhan MAHA TAHU!
iyah Tuhanku Maha Tahu
dan Tuhanku Maha Pemelihara
daripada Malaikat Zabaniah membantai tulangku
lebih baik aku ditelan sendu perit menelan bala
yang kucipta atas dasar nafsu

Oh itu
dosa itu
aku lepa
leka
lupa!
Astaghfirullah!
berkarat hati nan lara!

Saturday, March 11, 2006

paksi

lemah sendi melurut otot
melayang tubuh mencari paksi
di dalam sandiwara harian
seperti taufan ribut membantai tulang

betulkah arahku ini?
mengapa kerap kompasku terhuyung hayang?
dunia serasa berpusing-pusing
hanya aku yang tinggal menongkah arus

betulkah aku ini?
betulkah arahku ini?
terpinga-pinga menelan air liur
di manakah pedoman Tuhan?


selama sabar aku korek di tengah sahara
di tengah-tengah sahara padang pasir
aku masih tidak percaya
tetapi meniti jejak iman yang kini haus
terpupuk putus asa dan husnuszhon
pada Tuhan dan pada insan

jujur sebutir bait yang jujur
tidak melekat malah tergugur
aku tak mencerna hidup yang perit
sekadar dimanjai nafsu makan minum
membeli belah segala yang tak perlu
sekali sekala pahit mengatur lidah terasa
aku terduduk menahan sakit tak terperi
walau hanya sebutir nasi yang basi
disodok kedalam tekak yang harum dengan minyak wangi!

Monday, March 06, 2006

KRING KRING (1)

Kring, kring. Telefon berbunyi. Bunyinya memecah sunyi.

“Assalamu’alaikum. Aku lagi”
Wa’alaikumussalam. Oh!Kamu..hmmm..ada apa?
Saja. Sengaja mengganggu.
Hmm..begitu..ada apa sebenarnya?
Aku keseorangan. Mahu teman bicara.
Siapa kamu untuk aku rasa perlu menemanimu?
Aku kan hamba ALLAH juga. Sepertimu. Aku sunyi. Mahu teman bicara.
Aku tidak tahu mahu bicara apa dengan kamu…apa itu akan membantu..aku hanya mampu mendengar sahaja.
Cukup. Aku tak perlukan bebelanmu. Aku hanya mahu kau menemaniku.
Akmu sedar bukan walaupun kita ini tidak berhadapan,namun kita tetap bersendirian kerana kita juga dikira bersunyi-sunyian di malam hari begini. Aku jadi berat berbicara denganmu. Hatiku tidak tenang sama sekali.
Tidak mengapa. Itu seabbnya aku memilih kamu. Kamu akan pastikan aku tidak melampaui batas.
Tapi kamu kira aku ini siapa? Mengapa aku yang dibebani tanggungjawab ini.?
Aku perlukan seseorang sepertimu. Marahmu padaku bukan benci. Teguranmu aku hargai.
Tapi aku tidak sudi. Kamu mengganggu. Apatah lagi kamu lelaki.
Tak salahkan kalau kita bersahabat?
Slah atau tidak kamu fikirkan sendiri. Nawaitumu bagaimana? Tapi sekurang-kurangnya biarlah aku perkenalkan kamu dengan seorang teman lelaki yang lain. Yang lebih baik dariku. Yang tidak akan menimbulkan fitnah jika saling berhubungan begini.
Tapi tak mungkin teman lelaki itu mampu memahami aku sepertimu. Entah..aku rasa serasi denganmu. Kamu lembut dan berhimah denganku. Aku mahu kamu saja.

Ganggang telegon diletak dengan marah. Tiba-tiba perbualan yang wanita itu rasa sia-sia diputuskan begitu sahaja. Marah dan meluat wajah wanita itu.

Pemanggil itu memang mengganggu. Ketenangan hati berseorangan di kamar sendiri dicabuli oleh ledakan emosi yang meletus setiap kali lelaki itu menelefon.

Suara lelaki itu terngiang-giang di telinganya.

Aastaghfirullah….berkali-kali wanita itu mengucapkan istighfar. Bersikan hatinya yang takut amat berpura-pura baik di hadapan ALLAH. Dengan ALLAH, tiada yang tidak kelihatan walau hipokrisi sebesar zarah pun.

Ini ujian. Ujian yang berat. Betul-betul mengena pada naluri keanitaannya.

Ujian dari seoran lelaki bukan muhrim. Dia wanita biasa. Walau berjilbab, naluri kewanitaannya tergugah dihantui kenangan dengan si pemanggil itu. Tapi wanita itu berjanji pada Tuhan agar sentiasamembersihkan hatinya. Alhamdulillah sudah tenang.
Godaan pun berkurangan bersama saat-saat malam yang berlalu.

(bersambung)

Tarian

menari tarian kehidupan
aku terpaksa atau aku dipaksa?
mengalunkan tari sunnatullah
yang indah rentaknya adalah mahmudah
yang kasar dan menjijikkan ialah mazmumah

yang mana harus ku alunkan agar jiwa ini takkan resah
hanya perit menanggung sabar
namun membuahkan tenang setenang air di kali

guru tari yang mana aku kagumi?
yang lembut berirama zikir
atau yang kasar beriramakan nafs?
yamg lemah gemalai membisikkan sabar, sabar
yang amarah melaungkan peduli apa aku?!

dalam hidup ada tarian
tarian indah walau hanya di dalaman
tidak terbuka setudung aurat
dan tidak kelihatan sesusuk tubuh
namun yang Menghakimi hanya Tuhan
meninggikan darjat sang penari
yang menari dengan alunan Quran
yang bergendang dengan alunan sunnah

bila masanya ALLAH tidak menemanimu?
bila masanya ALLAH tidak mengampunimu?
hanya perlu kamu menyeru!
maka seru!