Wednesday, September 28, 2005

hanya insan

aku tahu
siapa aku
aku tahu
siapa Dia

mengenal Engkau
menjerit qalbu
terasa tiada erti diri
terciptapun atas dasar CintaNYa

tidak ada dalam diri ini bongkak
kerana banyaknya amalanku
bila sebenarnya
tiada daya melakukan kebaikan
tiada upaya menjauhi kemaksiatan
melainkan dengan kekuatan dari Ilahi

aku hanya insan
antara berjuta insan yang mati
antara berjuta insan yang hidup
di dalam mikroskop pun
aku tidak kelihatan

mahu apa aku pada hidup ini
bila hidup ini diisi dengan murkaMu
tak mampu menafsirkan syukurku
dalam bentuk yang di redhoiMu

aku hanya insan
gopoh
keluh
rungut
sifat sejak azali
perlu kasihMu
damba Rahmat Mu
tuk terus menerus
menapaki jalanMu
meminta padaMu
segala!

kemaraunya iman

waktu kemarau dah tiba
kadang kecewa melihat hasil tak seberapa
walau sudah dituai berapa lama
tiba-tiba hujan berhenti
tanah haus air yang menyubur

kemarau kan tetap tiba
ketentuan Tuhan sejak azali
kita bukan malaikat
malah hampir mendekati haiwan

turun naik iman
bagaikan kemarau panjang
walau sesaat ia membuahkan dahaga yang amat
sunyi sepi jiwa yang mengharap
kasih sayang Rahmat setiap saat

kemarau ada indahnya
buat kita memikirkan
kemarau di masa depan
cara mengatasinya

rugi dilanda kemarau
mesti diinsafi
mana lemasnya iman
mana tersentapnya istiqamah
dicabut Tuhan mesti ada hikmahnya

aku masih lemah dan goyah rupanya
Laa hau la wa laa quwwata illa billah!

Tuesday, September 27, 2005

Pelayaran ke arah Mu


Al Kholiq Maha Pencipta  Posted by Picasa


Tuhan
melayari sabar
anginnya sepoi sepoi bahasa
panas terik hangat
keringat satu demi satu
menitik ke hidung
seolah lilin cair

Tuhan
menebas nafsu
penuh duri duri
calar calar tangan bergolok
sabit zikrullah kian tumpul
lama lama menanah
tertusuk duri di dalam daging

Tuhan
seikhlas hati kejujuran
kata kata hati padaMu
ego ku pijak pijak

tolonglah
aku memang tidak gagah
denganMu Yaa Kholiq
aku bersandar
tubuh huyung hayang lesu
daya lemah longlai
dahi terjelepok sujud

Ya Robbi
ya Hadi
ya Nuur
ya Maalikul Mulk!
Tolonglah aku
Engkau Tuan ku
aku hamba Mu!
tolong!

Saturday, September 24, 2005

Bonda

wahai ibu
sembunyikan tangismu
usah titis titis air mata
disedari si anak kecil
cekalnya akan goyah
kuntum kuntum tabah
usah disekat ia mewarna
benih jiwa mula menghijau

wahai ibu
sapu habuk yang hinggap
di celah halus helaian rambut
di kepala anak kecilmu
sisir belai dengan jarimu
hembuskan do'a mustajabmu
di ubun anak rambutnya

wahai ibu
tarik bahu anak dengan lembut
rapati pipinya pada dadamu
agar telinga diulit degupan
jantung kasihmu di dengarinya
bukan ombak ombak esak
mengganggu nyenyaknya

wahai ibu
air matamu tiba-tiba
menitik ke jari kakinya
si anak hairan lalu menguisnya
cepat cepat ibu
sapu hilang air matamu
biar saja anak melihat di siling
mencari air hujan petang
menitis di celah bocor
bukan air yang bergenang
di tepi alis matamu

wahai ibu
syukur dipupuk
si anak kecil lena
dalam cintamu
hela nafas mu
menghembus tabah
gagah tanpa batas

wahai ibu
madrasah ilmu
mengasah iman
dengan cinta jitu
demi jantung kecil
yang berdegup
di sisi jantungmu

yaa ibu
air matamu
bebaskan ia
tatkala
mata hatimu
nyenyak tidur
agar esoknya
hanya mentari subuh
tersenyum padanya
di wajah kasih
seorang bonda...

Wednesday, September 21, 2005

Inikah Cinta...?


meditasi Posted by Picasa

OH Tuhan
biar saja kata kata kosong
naik bersama do'a
walau hina ia tetap harapan
sehelai demi sehelai
lembaran cinta ku kirim
walau tiada nilai
aku tetap menghulur tangan
menadah Rahmah

Oh Tuhan
biarkan aku dungu bersama cinta
menunggu dan terus menunggu
merindu dan terus merindu
meletakkan harapan sesempurna mungkin
padaMu yang Maha Sempurna
walau tangan dan bibir yang menadah
hitam pekat dengan maksiat dan noda

Oh Tuhan
tidak pernah ku jumpa
cinta seindahMu
tidak pernah meninggalkan ku jauh
walau aku berkarat dosa
tidak pernah melihat fizikalku
walau aku tidak berwajah
namun hatiku dicuri
dibawa lari Sang Maha Pencipta

OH Tuhan...Inikah cinta?

Monday, September 19, 2005

belum puas hidayah Mu


sabar itu perit tapi buahnya manis Posted by Picasa

Ya ALLAH
hati ini milikMu
brbuatlah sekehendak Mu
walau insan yang menyeru
namun hakikatnya ujian dariMu

Ya Tuhan
tolonglah
aku berada di sempadan waktu
gumpalan benci menjadi beku
bagaimana harus ku uraikan untaian masa?

Ya Tuhan
syaitan yang menumpang di bahuku
menyeduk belalainya dalam qalbu
membisikkan hasutan yang berhantu
hati berbuku menjadi keliru

Oh Tuhan
kesedaran menyucikan buntu
terangi jalan ke arah redhoMu
walau sedikit namun ia kejayaan sayu
terasa malu dengan pertolongan Mu

Ya Tuhan
aku mengaku
susah payahku
mujahadah pada jalanMu
sering Engkau bantu
hingga aku rasa puas dan malu
tunduk dan terus tunduk padaMu
jangan Engkau cabutkan ilhamMu
dari dadaku yang belum puas hidayahMu!

rindu

tinggalkan saja mimpi
biarkan ia pergi
selamanya
kerana berdegil akannya
meruntun jiwa
gundah dan lara
biar ia pergi
amarahmu malap sendiri

alhamdulillah
sejuk simbahan sabar
setelah perit menungkah arus
Maha Suci ALLAH
dari sebarang kelemahan

terduduk tapi tidak rebah
alhamdulillah
secangkir kesungguhan
mujahadatunnafs
didukung kekuatan zikrullah

kini air mata
sedang berkumpul di hati
sudah mengalir deras di situ
ditahan dari melimpah
dari kerdip kerdip mata

yang pasti
jiwa ini Milik Dia
yang pasti
hati ini milik Dia

mungkin satu hari
menggagahkan diri
menguatkan emosi kendiri
air mata ini berhenti
tiada tertitis di wajah
kecuali kuntuman senyum pasrah

insya ALLAH
satu hari nanti
wajah ini akan benar benar berseri
dengan Nur Ilahi
jiwa muthmainnah mengadap Ilahi

bilakah saat menghirup manisan abadi?

buta, tuli dan pekak

(Wa Ibrahima wa Ismaa'il)

ulang kali
nama- nama keramat
dicatit dalam Ayat- ayat

berkali -kali kuulang -ulang
berkali -kali kukhatam Quran
berkali -kali ku temui
nama- nama keramat

kesusahan
kehambaan
berakhir
dengan Muhammad (SAW)

iktibar
wajah -wajah silam
pasti tak terjumpa
namun sinaran iman
menembusi zaman

(Wa Ibrahim wa Ismaa'il
wa Ya'qub wa Musa
Wa Harun wa Daud...)

meneliti
air mata
darah mengalir
menegakkan Islam

(apa aku ini masih buta, tuli dan pekak?)

Saturday, September 17, 2005

luah

luahkan segala
dipendam hanya berulat
menjolok tekak ditelan paksa
menjadi racun menghakis redho

kamu tidak keseorangan
tidak pernah
dan tidak akan
hakikatnya iman
membezakan hakikat
mana langit
mana bumi

luahkan segala
yang perit
dan yang rawan
dipendam jangan
tempat persembunyian
sudah terang

nur melimpah
di celah retak jiwa
di dasarnya kilauan terang
sakit mata
sinarnya menusuk qalbu
biar terang
biar silau
agar tahu
di mana duduknya aku
di jalanMu!

luah


luahkan jgn ditahan... Posted by Picasa


luahkan segala
dipendam hanya berulat
menjolok tekak ditelan paksa
menjadi racun menghakis redho

kamu tidak keseorangan
tidak pernah
dan tidak akan
hakikatnya iman
membezakan hakikat
mana langit
mana bumi

luahkan segala
yang perit
dan yang rawan
dipendam jangan
tempat persembunyian
sudah terang

nur melimpah
di celah retak jiwa
di dasarnya kilauan terang
sakit mata
sinarnya menusuk qalbu
biar terang
biar silau
agar tahu
di mana duduknya aku
di jalanMu!


syahdu biru lembut qalbu rindu Posted by Picasa


masih Posted by Picasa

senyumlah
senyum mu kan manis
rugi tidak senyum
kerana senyum mu
mampu menyejuk lara
pada mata yang melihat

senyumlah sayang
manis mu pada senyum
menambah seri cahaya wajah
lesung pipitmu menusuk qalbu

tetap senyum
walau terserlah
garis duka
namun dengan senyum
duka kamu kelihatan indah
kerana dengan senyum
wajahmu terserlah redho
menatapmu menunduk malu
sabar meredup di matamu
melirik ke kaki penuh tawadhuk

ya sayang
senyumlah
senyum mu
membuatku malu
malu pada Tuhan
akan sabarnya kamu
terus tegar dirimu!

cinta si rama rama


si rama-rama ..dalam diam..ia indah Posted by Picasa


mencari cinta
terbang bersama angin
cinta si rama-rama
kuning berdebu di sayapnya

cinta si rama-rama
halus dan syahdu
berterbangan menyakat angin
asyik melihat walau sesaat
lalu ia pergi jauh
bersama sejuta impian
tak terlaksana

cinta si rama-rama
tidak kekal
walau tersentuh nurani
namun tidak sekuat
cinta hakiki

cinta si gunung iman
walau kelihatan berat
namun ia melindungi
terasa sejuk dan tenang
bila angin bertiup kencang
ia tetap tersenyum girang
tidak terikut ikut berubah hati
dipasak oleh jitunya ubudiyyah
sifat kehambaan

hai rama-rama
sudah berkali kali kamu hinggap
menggoda hati nan lara
melihat lenggok sayap memang asyik
mengharap menyentuhmu memang tercapai
namun hanya tinggal debu halus
melekat di jemari
bila dibasuh ia hilang
pergi tanpa kenangan

hai iman yang menggunung
syurga menanti
penuh rindu
seperti tak tergapai
namun ia benar
janji ALLAH Tuhanku
penantian akan berakhir
satu saat penentuan
antara sabar dan syukur
manifestasi redho
untuk jiwa muthmainnah
diselimuti halawah...
semoga...

Wednesday, September 14, 2005


horizon Posted by Picasa

hatiku milik Dia
hati kamu milik Dia
Dia pemilik hati-hati
tidaklah pernah hati ini
dimiliki selain oleh Dia

Yang Memiliki hati
Yang Maha Kuasa
Tidak terbatas ilmuNya
Tidak menyamai MakhlukNya

Hati yang berserakan
disatukan tanpa sempadan
hati yang bersaudara
ditarbiyyah dengan lapang
hati yang mudah ditausiyah
tanda kelembutan simbahan nur
hati yang berseri
mudah dilentur
firasatnya nur

hati yang bicara
tanpa henti berbisik
tidak jemu mengadu
hanya manis dalam diam
kerana hati ini
pemiliknya adalah Tuhan

Monday, September 12, 2005


meditasi Posted by Picasa

Ya Tuhan
aku hanya melihat
keinginan nafsu ku berlalu
melambai-lambai menggoda
aku memandang dengan sayu
bukan tak mahu
tapi aku tak perlu
melampiaskan anganku
sehingga terbabas

Ya Tuhan
bukan tak sakit
sakit menghiris
melepaskan kehendak diri
tidak mementingkan keakuan
mengalir kebahagiaan
di celah sisa kehidupan

Ya Tuhan
saksikanlah
aku hanya memandang
tidak sedikitpun
aku berganjak
tetap duduk di sejadah ketaatan
cuma sedikit pedih
sedikit pijar

Ya Tuhan
gunung iman memasak nafsu
tak ternoda dek pujuk rayu
cuma melihat dan sedikit merindu
ni'mat duniawi yang sedikit
berlalu begitu
kerana aku sudah jatuh cinta
sedalamnya dengan yang kekal
yang pasti ku tempuh
mulai sakaratul maut
kiamat kecil
kiamat besar
padang masyhar
hisab mizan
dua akhir
kekal abadi
jannatunnaiem
atau
'azaabunnar?

Sunday, September 11, 2005


taman Posted by Picasa

Oh Tuhan
aku mengerti
Engkau Tuhan ku
aku hambaMu
pengertian ini penting
untukku ulangi
dalam imanku
yang sering terkulai

Oh Tuhan
semalam
tubuh lemah tersadai
tersandar
jiwa tersedu

Oh Tuhan
payahnya menempuh badai
satu demi satu menghempas muara
berulang kali akar imanku
digoncang ribut menggoyang
hampir tercabut
dahan berterbangan
ranting botak tanpa daun
hanya tinggal batang

yang menemani
hanya rembesan air mata
tak pernah jemu
menuruni pipi
dada yang sering berombak
dipukul lagi
sakit lagi
beralun alun perasaan
hampir lepas bebas
tanpa kawalan

hanya Kamu
ya Tuhanku
hanya Kamu
mampu
membunuh angan-angan
lantas meniup harapan
was ta'inu bissaobri wassolah!

bukankah
Engkau bersama orang yang sabar?
Ya Robbi kurniakan aku sabar...
amien....

Friday, September 09, 2005

ya ALLAH
tunjukkan cara
menyimbah air
pada api yang sedang marak
memakan sepi nan mendiam
di sudut yang terperosok
di celah kehidupan yang memerangkap
debu-debu yang hinggap?

ya ALLAH
dalam kelam
menenggelamkan rasa sedar
suluhan cahaya walau dilihat
namun kabus amat tebal
hanya nampak bayang
tidak juga nampak jalan
dikelilingi hanya asap?

ya ALLAH
curahan hati yang berulang
tanpa ku sekat
hanya untuk kewarasan
demi mengotakan keinsafan
keterbatasan aku sebagai insan
kebersandaran aku pada Tuhan
kejujuran menguakkan perasaan
bukan qadha dan qadhar rukun keimanan?

Ya ALLAH
kejahilan ini kututupi dengan keilmuan
kesakitan ini kututupi dengan keredhoan
kesedihan ini kututupi dengan kesabaran
kepentingan diri ditepis kerana jannah
merintih kerinduan pada Wajah Tuhan
mungkinkah di penghujung jalan ini jannah
di sebalik hakikat kebebalan ini
yang menanti ialah jahannam?