Wednesday, July 26, 2006


syurga idaman kerana di situ Tuhan berada... Posted by Picasa

aku mengecewakanMu

Oh Tuhan
Maafkan aku
kerana mengecewakanMu
di saat aku keseorangan
Engkau menemaniku
di saat aku memerlukan teman
Engkau di sisiku
tiada sesaatpun ku rasa Engkau tidak mendampingi

Namun aku tetap memilih jalan dosa
tetap termakan hasutan iblis
terus menerus khilaf tanpa usaha yang jitu

aku mencari titik pertemuan antara kita
cinta yang terhakis ini
bagaimana kembali ke pangkal jalan
lantas ku ungkitkan kisah lama
di mana Engkau menyahut seruanku
mohon diampuni segala kelekaan
mohon dimakbulkan segala permintaan

beratus hari yang berlalu
lalu ketenangan menggamit diri
kerana Engkau menyambut diri ini
inilah cinta yang hakiki

Ya Tuhan
aku mengewakanMu
maafkan aku
lalu ku menoktahkan janji
tiada lagi ruang dosa ini
hanya yang ada taubatunnasuha
kembali menguatkan azam
selagi pintu taubatMu
selagi pintu RahmatMu
masih terbuka untukku
takkan ku siakan
peluang ini!

Tuesday, July 18, 2006

Nyanyian Ruhi

kamu ingin menyanyi?
menghibur hati yang lara?
pejam matamu
dengarkan muzik asli
dari laungan ayat-ayat suci
kosongkan fikiranmu
dari rentak duniawi
hayati nada alunan qari
genre muzikal apa yang kamu tangkap?
irama sayu bukan?
lagu sedih para rasul dan nabi
seloka menyayat hati kisah derita
mendayu-dayu
Pencipta meniupkan motivasi
hamba-hamba ALLAH meratap sendu
akhirat diulangi acap kali
dunia hanya mainan fana

ayuh..
pejam mata mu teman
resapkan alunan ayatullah
dengarkan muzik kehidupan
mukminin mukminat
suka duka silih berganti
ALLAH jua yang kekal
CintaNYa tersirat di setiap
nota muzik irama Ruhi...

======i will be on holiday for a few months. Expecting twins on September. Pray for our well being.

Monday, July 17, 2006

pasrah

pasrah
tempias ujian
menempik waras
tersedung akar
tubuh nyilu
menanggung pijar

mohon ya Tuhan
waras masih
tidak terus lemas
lalu menzalimi ruh
tindakan tidak berakal


tika badan lemah
akal tiada cahaya
sabar disandar
hidup berlagu sendu
tika kudrat menjadi lesu
pasrah bulat berserah
YAng Maha GAgah

Saturday, July 15, 2006


a reality no one see.... Posted by Picasa

Palestin, kami masih terkapai

Palestin
di dunia ini kamu tidak punya apa-apa
tanahairmu digenggam halus sehingga berkecai
jiwamu bercerai dibawah naungan langit Tuhan
umat bersurai dalam kucar

Israel
laknat ALLAH padamu
laknat, laknat ALLAH padamu
saat holocaust akhir zaman
mendekat, kamu jangan menoleh lagi
teruskan agendamu sehingga sehabis daya kebejatan nafsumu
agenda Tuhan akan terlaksana
Israel, kamu bangsa yang dikira akan pupus, termaktub sejak azali!

Ya Allah pecahkan pakatan, kumpulan,ikatan dan
persetujuan mereka, gegarkanlah kaki-kaki
mereka.

Ya Allah belenggukanlah mereka dengan anjing-
anjingMu,

YA Qahhar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim Ya Allah.

Ya Allah yang menurunkan kitab yang
menggerakkan awan, yang menghancurkan
tentera Ahzab, hancurkanlah mereka,
hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka dan
menangkanlah kami keatas mereka

para syuhada' yang berterbangan di syurga
senyumlah, senyumlah , puaskan hatimu
kirimkan ruh jihadmu , payungi kami
sirami mujahadah kami
jadikan iman kami menghunus hijab nafsu

Ya Tuhan
taman syurgawi membelai-belai
para syuhada melambai-lambai
namu kami masih terkapai-kapai!

Wednesday, July 12, 2006


tidurlah sayang... Posted by Picasa

esok

sapaan kasih
usapan tenang
hati kelenaan
harapan mengembang

sebuah erti
mendalam seni
goncangan hilang
retak menguncup
simfoni aman

semalam sudah berlalu
berangkat pergi
tanpa menoleh lagi
mengapa terus mengejari?

hari ini baru bermula
dengan senyum atau dengan sendu?
dengan wudhu' atau dengan futur?
dengan sejadah atau dengan selimut?

esok?
kematian menggamit
walau kau terus pejam
esok mungkin tidak menyapa
esok mungkin noktah
walau serapat mana kau harap
hidupmu seribu tahun lagi....


selepas ribut.. Posted by Picasa

Tuesday, July 11, 2006

metafora

wajah berdebu
kaki berselut lumpur
hati dimamah beku
dahi berkerut seribu
mulut berkeriput
menahan sendu

sakinah di hati
diserang wahan
bertubi-tubi meribut dendam
reda angin kencang
akar tunjang terbongkar
ulat dan cacing
'aib bertempiaran

metafora
abtraknya dosa
kiasan
sindiran
nanah noda dunia
menghamburkan keji
di daerah sekeping hati

ALLAH bersamaku
ALLAH saksiku
ALLAH melihatku...

Saturday, July 08, 2006

permintaan

permintaan kecil
dari hati
hanya bingkisan sederhana
tidak peru dibaluti
hanya lemparkan jelingan
"aku memahamimu.."

minta secubit kasih
"terima kasih kerana sudi.."
tidak perlu intan berlian
hanya senyuman
"aku mengerti perasaanmu..."

permintaan sabar
"jangan kau tinggalkan aku..."
diam mu dalam mendoakan ku
"aku di sini di sisi mu.."

permintaan itu
sukar di mengerti
maka Tuhan tempatku
mengadu


"Oh Tuhan...Engkau Maha Cemburu..."