Wednesday, January 31, 2007

HANYALAH HATI

HANYALAH HATI

Ya ALLAH

Apa yang ada di sisi ku

Adalah kepunyaan Mu

Aku hairan

Kemanakah perginya

Kesedaranku

Kewarasanku

Apabila aku berbincang

MengenaiMu

Ya ALLAH

MencintaiMu

Tidak memerlukan kewarasan

Tidak memerlukan keagungan

Mencintai Mu

Hanya memerlukan

Ketundukan

Kepasrahan

Kelembutan

Yang mudah

Tapi indah

Ya ALLAH

Indahnya tak terucap

Di bibir

Hanya di hati

Ia bersemi

Tak mampu

Disuarakan dengan kata-kata

Aku hairan

Di manakah

Kepetahanku

Kejaguhanku

Dalam berkata-kata

Kerana apabila kusebut

NamaMU

Terus aku luruh

Lemah

Longlai

Tak berdaya

Mengangkat wajahku

Yang hanya ada

Airmata berjuraian

Membasahi

Pipi

Hidung

Lalu terus menitik

Di tapak tanganku

Hatiku menjerit

ALLAH!ALLAH!

Dimanakah kewarasanku?

Aku tak perlu semua itu

Yang perlu

Hanyalah hati

Yang bersemi

Dengan bibit-bibit cinta

Disaluti nur keinsafan

Jadi hilang

Hilang

Dalam kehangatan perasaan

Tak terucap

Tak terlihat

Dalam dunia wujud.

Tuesday, January 23, 2007

Bait Lesu

bait puisi rindu
menusuk kalbu
terngiang-ngiang
dalam redup akalku

jeritan anak
memadamkan rentak
tiba-tiba bait itu
luput tanpa suara

tekanan emosi
keletihan tubuh
segenap usaha lerai
tawakkal sandaranku
di hujung senja

sehari
menjadi hamba
selesu kudrat
akhirnya akur
terjelepuk di sejadah
pasrah kepadaNya

Saturday, January 20, 2007

Munajat

Bermunajatlah sayang...
kepada ALLAH...........
sebutlah mana-mana
NamaNya yang indah
.......................
Pasti tenang jiwamu
.......................
kau....ku sayang...
kerana ALLAH...

Wednesday, January 03, 2007

getaran

aku memeluk harapan
dan aku melepaskan anganan
realiti tetap ku telan
di samping tunas cinta suci
ku riba dengan kemas

mengapa sering bertentangan
hidup ini tidak pernah berpanjangan
suka duka beriringan
Tuhan mengambil
di samping Tuhan memberi

aku tidak mahu lagi terawang
mencari-cari identiti
sudah jelas terang
aku seorang insan
sebaik-baik kejadian
ciptaan Tuhan

tiada cacat cela jasmaniku
cuma mental masih tidak kental
iman suci ku sandari
bertubi-tubi ku rebah
di bantal taqwa
melepas lelah

ku ratakan emosi
ku getapkan gigi
menggigit sekelumit tabah
jangan lepas
hari ini hampir luput
esok kan matahari bersinar lagi
malam ini perjuanganmu rehat
esok bangkit dengan sepotong ayat suci

Oh Tuhan
imanku bergetar
ku syukuri nafasku masih gagah

Monday, January 01, 2007

lembut taqwa maaf

kelembutan taqwa
adalah hembusan angin
sepoi-sepoi bahasa
pada bahangnya kesabaran

kemanisan iman
adalah makanan
hidangan dari syurga
pada laparnya mujahadah

senyum kemaafan
adalah penyejuk
air dingin
pada sakit dizalimi

merenung silam
yang sudah dilalui
pengajaran hidup hakiki
Tuhanku adalah segalanya