Monday, November 28, 2005

Saturday, November 26, 2005

insan dan Tuhan

insan
hanya insan
mencari erti
kehambaan
mencari kecintaan
dulu dan sekarang
sama dan serupa
insan tetap insan

benar
insan ketamakan
kegelojohan menguasai
tapi insan tetap insan
lemah dan keluh kesah
mengatasi kudrat insan
meniti kesombongan
aku hampir menjadi Tuhan
katanya
tapi aku hanya insan
meniti sifat kebinatangan

kaya aku kaya
cantik aku indah
pandai aku menangkap
menghafal ilmu
tanpa batas
tapi insan tetap insan
kalah dengan cinta
jiwa ketidak puasan
menekan-nekan kekosongan
sengaja dicipta Tuhan
akhirnya menapak mencari kekekalan

insan dan Tuhan
yang sirna adalah keinsanan
namun yang kekal adalah kehambaan!

Friday, November 25, 2005

istiqamah dalam istikharah

istiqamah
sudah lama ku tinggalkan sepi
namun kamu tetap mengetuk hati
"salam salam
ingat lagikah janjimu
pada Tuhanmu?"

bangkit lagi dari alpa
sulit menggapai syukur
malah sabar itu lebih menginsafkan
dengan duka aku menoleh syahdu
dalam senang aku menoleh leka

istiqamah
aku faham
susun jadual ubudiyyah
adaptasi kudrat yang ada
aku yakin
yang sedikit tapi berterusan
membina jiwa tegar
baik sangka pada Tuhan..

perbaharui janjiku padaMu Tuhan
istiqamah dengan
Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Ubudiyyah
Tauhid Asma was Sifat!

Wednesday, November 23, 2005

oh....

oh dendam
menekan qalbu
hati yang kalah
menolak hasutan
seiap saat dilontari hasad
aduh sakitnya menikam iman

oh maaf
kadang kamu pun lari
dari genggaman lemahku
sedangkan ALLAh tahu
hati sentiasa melapangkan

oh ribut
hati berselimut mendung
jalur cahaya mentari
terkambus tanpa ruang
tiada seri di celah malam

oh sakit
merundum harapan
berdesir teriakan
mengapa aku perempuan tidak lelaki?
mengapa aku menangis tidak tersenyum?
mengapa aku sakit tidak sihat?
mengapa aku sunyi tidak bahagia?

oh soalan
jawapannya pada Tuhan
tersirat berat pada AsmaNya
engkau hamba
Dia Tuhan
tanpaNya engkau tidak wujud
tanpa CintaNya syurga itu tidak perlu

oh Tuhan
denganMu
aku tidak pernah
menangis sendirian
menderita sendirian
keseorangan dalam tangis
berdoa dalam hampa
walau seantero dunia pekak buta tuli
Engkau Mendengar Melihat Menyaksikan
dan aku amat bahagia
walau terlihat hanya derita!

Tuesday, November 15, 2005

perjuangan barokah

Perjuangan itu berkat
namun nafasku bagai tersekat
dunia menindih berat
aqal selubung asap pekat

Aku hanya bersandar tawakkal
kerap melafaz walau mati aqal
aku doa agar tetap kekal
berjiwa iman siap berbekal

Aku merayu padaMu ya TUhan
agar hatiku bebas dari wahan
tidak aku berpeluk badan
berpeluh keringat aku bertahan

insaf hati yang lara
tanpaMu segalanya bara
oh perjuangan sebatang kara
kepadamu bermusafir kembara

Oh Tuhan bertahan dengan ujian
berkali-kali sabar ditingkatkan
terkadang aku tak dapat menahan
memberontak jiwa menekan

Berjalan dan berjalan tanpa henti
lelah lesu menghembus hati
tunduk dan tunduk pada Ilahi
mengajarku erti hamba yang sejati

Oh Tuhan
hapuskan wahan
mati idaman
WajahMu rinduan!
RahmatMu berkekalan
berbisik-bisik sendirian
tanpa ada perhatian
tanpa putus talian
antara hamba dan Tuhan!
Tolonglah Tuhan!
hubungan kehambaan
diputus jangan!!!

Syawal di Masyhar

sesungguhnya aku berpuasa
insya ALLAH 6 hari syawal yang indah
sesungguhnya aku melakukannya kerana ALLAH
jika tidak kerana ia amalan Nabiku
tidaklah ia ku pandang berat

kebanyakan insan tidak mengerti
kelonggaran yang diberi
bukan bermakna tidak diusahakan
walau bukan kewajipan
namun ia langkah mendekati Tuhan

Kasih Sayang Tuhan amat besar
walau darah mengalir di sana sini
namun bukan kah itu kematian yang ditentukan
mati syahid dunia dan akhirat

Penyakit wahn menimpa ummat
takut mati dan cinta dunia
makan minum tanpa berhenti
sehingga jemu walaupun enak dimakan

Oh Tuhan
aku tidak mampu lari
dengan pertemuan denganMu
walau sudi atau tidak
aku kan mengadapMu
di masyhar nanti

akhirnya bertemu dengan AL KHALIQ
di mana aku mahu lari
tiada kudrat melainkan dengan IzinNya
kata tidakkan keluar dari mulutku
yang berbicara hanya tangan dan anggota lain
adakah 'aib ataupun rahmat ALLAH
menanti di hadapan ALLAH nanti?

CINTA SUCI

Tuhan
iznkan aku melafazkan jeritan
berbisikkan hempedu dosa
berselaput dengan asap lagho
aku tidak nampak
doaku naik ke langit
aku tidak dengar doaku diaminkan malaikat
aku tidak nampak masyarakat langit
mendengar suara hatiku
tapi Tuhan...
Tuhan MAha Mendengar!
dan Tuhan Melihat aku!

Tuhan
sayang ini menghimpit hati
tidak boleh tidak harus ku tolak ke tepi
kerana ia tidak mungkin bersatu dengan satu lagi
iaitu Cinta Tuhan tidak setanding cinta insan
tidak pernah aku dimanjai
sekarang ini aku dimanjai dalam sehari
dibelai perasaan dengan memahami dan menghargai
aku terharu dengan kasih tulus mulus darah dagingku
walau sehari cuma
namun ia sudah membuat aku rindu pada mereka

Tuhan
cinta ini pernah bersemi
kerana keadaan yang memaksa
ia meresap perlahan dalam diam
tanpa ku sedar
tiba-tiba hanyut membelai perasaan
kini harus ku tepis
kerana ia cinta insani
aku mengikat janji
dengan Ilahi
aku tidakkan meninggalkan sepi
rasa kebersamaan Tuhan dalam hati
kerana saat Tuhan bersamaku
meniti neraka hidup yang membakar
tanpa henti hampir memakan hati
hangus hitam bersalinkan kulit
bergantian antara keluhan dan redho
aku gagal sempurna namun usahaku tak pernah leka

Tuhan
hanya kata dua tiga bait
menikam hati membuah dendam
kusiram cepat-cepat dengan maaf
alhamdulillah sejuk segar hati yang berparut
hanya kata dua tiga bait
menguakkan sabar dan impian bersama
bukan di sini
malah di sana yang abadi
cinta suci
cinta suci
cinta suci....

Ya MUHAIMIN

Ya Muhaimin
merasai KasihMu menyinggah
mengisi setiap ruang polos
terucap hiba meniti sedar
Ya Muhaimin
jiwa pun tergagap menyebut syukur
Ya Muhaimin
KasihMu pantang di lakar
tiada kata seindah bahasa
seindah sinaran sejuk NurMu
YA MUhaimin
ketika segalanya senyap dan beku
jemari membelai hangatnya selimut dunia
tetap tidak terisi sepi
malah menambah lara di hati
Ya Muhaimin
lantas dunia ini untuk apakah?
menanam bibit rindu padaMu?
menanggung hebatnya dilema kenangan seerah
menggamit sedar menitis air mata
NabiMu rindu pada ikhwah nya
mahu sangat menerkam ambil
kasih sejati Ilahi dan Nabi
benih cinta yang tak mahu ku padam
Ya Muhaimin
terasa berat memeluk istiqamah
air mata menitik kerana begitu sulit
tak berseri amalanku
namun ku seru diriku
jangan berhenti kamu
bila datang Kasih Belas TuhanMu
jangan nanti kamu tidak menyambut
Ya Muhaimin
lembut selembut sutera syurga
namaMu menyandarkan naluri
rehat sebentar selagi zikrullah
tak terasa penat melawan sarakah
ringan setelah beban
walau sesaat rehat ini meneguk air
menghilang dahaga menanam semangat
ruh Islam dibajai sabar dan solat!

Sunday, November 13, 2005

bersabarlah..dan syurga milikmu

Pimpinlah tanganku
tatkala saat saat mengangkat takbir
terasa seolah olah aku mengangkat gunung
bahuku tak berdaya
lidah ku tak terucap
ALLAHUAKBAR tak terkeluar

Pimpinlah kakiku
tatkala melangkah untuk berwudhu'
terasa seperti berjalan di atas bara api
kakiku terpaksa ku seret
ada dinding terpaksa ku kepasi

pimpinlah hatiku
tatkala timbul noda dusta
macam kurap berbiji biji
memusnahkan indahnya kesucian hati
menabur nista terhambur benci

Pimpinlah aku
fitrahku tidak begini
sebenarnya aku tidak seteruk
namun hasad dengki syaitan
menguji sabar dan tabah
memakan sihat seperti ulat menggigit daun

Pimpinlah aku
kan ku tembus lapisan lapisan dusta
nista dan duka
bergelumang hanya hanyir dunia
tidakkan meresap jauh
kerana bentengku tetap teguh
bentengku seteguh UHUD
segalanya hembusan nafas syaitan
takku takut
malah kan ku genggam
nasihat Nabiku yang unggul
bersabarlah dan ALLAH akan kurniakan kamu syurga!
amien...

Wednesday, November 09, 2005

khusyuk dan korban

Ya Halim
aku tidak tahu apa yang tersembunyi
di sebalik Asma ul Husna Mu
kerana sudah acap kali ku tenung kitab
aku masih tidak mampu ingat satu persatu
kebaikan dan kemuliaan AsmaMu

Ya Halim
namun ku sebut sebut jua NamaMu
ku gerak gerakkan juga lidahku
ku paksa paksa hatiku yang keras ini
menyeru nyeru NamaMu

Ya Halim
lantas ku dapati
setiap ayat AL Quran
tersimpan AsmaMu
mulianya KitabMu
tersirat keindahan AsmaMu
dalam untaian bahasa syurga
Kamu Maha Hebat Ya ALLAH
tersentak hati acap kali
bila sekali sekala aku diinsafkan
bila sekali sekala aku dibukakan hijab
melihat KekuasaanMu

Ya Halim
bila ada rindu terbit dalam hatiku
padaMu yang Satu
walau sudah ku tahu ku tidak layak merinduiMu
namun aku sudah rindu
jadi tertanya bila aku kan melihat WajahMu
mungkinkah..aku mesti melihat WajahMu
setiap detik ku rasa Engkau hampir
dalam kacau bilau dosa dan noda
Engkau tetap mampir di sisi
dengan KasihMu
mencurah harap yang tak pernah hilang

Oh Tuhan
dunia memperlekehkan aku
cinta dan riduku padaMu
dicemuh cemuh sebagai satu escapisma
iyah biarkan saja
tidak ada selain dari di sisi Tuhan
tempat bersandar lelah dahaga
bermusafir
ingin mudik pada JannahMu
menongkat dagu melihat WajahMu!

impian rindu seorang yang hina
di penghujung jalan yang penuh dosa
di samping menyucikan jiwa di kali taubat
menyiramkan haus dengan air zikrullah
menanam istiqamah dengan solat
khusyuk dan korban
sabar dan tawadhuk..
amin

Sunday, November 06, 2005


Maha Sempurna ALLAH... Posted by Picasa


keindahan iman tak dapat digambarkan Posted by Picasa


Segala puji bagi ALLAH Tuhan ku dan Tuhan mu.... Posted by Picasa

sa'adah dalam hati


Maha Sempurna ALLAH... Posted by Picasa


Terkedu
aku khilaf
ampun ampun
Ya Tuhan
hingga jiwaku tenang

Teresak
aku keliru
menekan-nekan
Ya Tuhan
hingga jiwaku kelabu

Tercerna
aku insaf
nur di atas nur
Ya Tuhan
sa'adah dalam hati

Tertunduk
aku akur
lapisan demi lapisan
kasih Tuhan
menyelimuti noda
sujud sujud
demi hinanya aku
seorang hamba....

Friday, November 04, 2005

istighfar


keindahan iman tak dapat digambarkan Posted by Picasa


Allah Yang Maha Sempurna
sempurnakanlah kasihMu padaku
dengan sentiasa mengampunkan dosa-dosaku
ALLAH yang Maka Penyayang
aku bersandar sepenuhnya pada kesempurnaan KemaafanMu
ALLAH Ya Muhaimin
aku berteduh di bawah kesucian CintaMu
ALLAH ya LATHIEF
aku memeluk kesempurnaan SantunMu
agar kebejatan dalam diriku tersentap habis
ALLAH ya WADUD
aku berdosa menzalimi diri dan ruhku
mahu saja kata buruk ku lemparkan padaMu
sangka-sangka hina ingin ku hambur padaMu
mengapa Kau taqdirkan aku sebegini?
oh Tuhan..sejujurnya aku lafazkan
kebejatan hati ku yang berkarat ini
tidaklah sekali-kali Tuhan begitu
aku yang memilih jalan noda ini
ALLAH MAHA SEMPURNA
segala-gala ketidak sempurnaan yang ditentukanNya
terselit hikmah yang sempurna
maka dari itu
aku bangkit
aku hina dina dengan noda dan dosa
tetap mahu bangkit
merasai kepayahan taubat setelah memilih kenikmatan dunia
membersihkan najis tercalit di wajahku
dengan wudhu lalu bersimbah nur semula
kerana aku tetap bersandar pada kesempurnaan ALLAH
maka ya ALLAH
izinkan aku barakah agar aku mengenaliMu dengan sempurna
oh yang Maha Sempurna
aku mengerti ketidak sempurnaan insan lain
hanya kerana aku faham ketidak sempurnaan diriku
Oh yang Maha Pengampun
aku memaafkan dosa insan lain
selagi Kamu Yaa Ghafuur
mengampunkan dosa-dosaku
selagi ada insan mulia yang tetap memaafkan dosaku padanya..
amien

Tuesday, November 01, 2005

Menjeling Ingin


Segala puji bagi ALLAH Tuhan ku dan Tuhan mu.... Posted by Picasa

aku mencari tenang dalam irama lagu yang mendayu
ding ding ding bunyi piano menekan rasa pilu
lembut gemalai suara buluh perindu
penyair menggoda hati mengundang asyik

aku mencari damai dalam intonasi
yang mampu menenggelamkan lara
apa kamu juga begitu?
dari tiupan seruling yang menggoyahkan sedar
beralun rasa melarut dalam masa
terbuai-buai beberapa saat menggarap duka
Oh Tuhan...di situkah aku mencari indahnya dunia?

aku sebenarnya mencari sakinah
suara penyair mendendang harap
lemak merdu mendodoi suka
adakah di situ sakinahku?

Oh Tuhan
dalam sedih
dalam sayu
bila dada pecah
terhambur rasa
aku terkadang
termangu-mangu di tebing dunia
mencuri dengar
mencuri pandang
menjeling ingin
kepada kebejatan dunia
betulkah ada sakinhku di situ?
oh Tuhan!!!!