percikan syurga
ilham bukan hak milik
sumbangnya bunyi seruling
kerana bernyawa lelah
dinding kerongkong merekah
terjerit-jerit nista
jiwa meraung gelisah
dicucuk noda dosa
tiada sepi yang bertafakkur
kerana indahnya tumpah
bukan pada kertas dan pena
tapi pada sendi tulang berkeriut
meladeni gara si anak
muka suci berseri
dilimpahi rahmah
semoga terpercik syurga
++sarikeisarawak++