Sunday, August 22, 2010

kuburan malam


luka di jiwa yang merana
tidak serupa dengan jiwa yang berbekal keimanan
tidak berbekas segala tusukan hatta
sang Iblis datang menyerang

aku mengerti apa tentang hidupan
hanya sebatang kara mengesot ke hadrat Tuhan yang satu
kadang-kadang terasa seram menyeringai racun menyimbah badan
kukuatkan pegangan pada sejadah yang kudakap

akhirnya aku tetap akan menyembah bumi
terperosok terhumban dalam kuburan
menganga mengaum membaham

Monday, May 03, 2010

Ghuraba

Bismillah
Ya Tuhanku
lindungilah aku
dari kejahatan diriku
meronta untuk lolos
bebas dari penjara keteguhan hati

Tuhanku
lindungilah aku
dari fasiqnya kefasikan
zalimnya penzalim
dosa si penzina
doa si teraniaya

Tuhanku
kehancuran melata
menusuk aqidah
meruntuh kemanisan iman
menambah kejahilan

Tuhanku
empangan sekular kian melimpah
tsunami kufur tidak peduli
neraka-Mu,enggan pada Syurga-Mu
meraung bersama dentuman gunung berapi
kami kesialan
dalam kesal yang membenak
di kalbu seorang asing
bernama ghuraba


++sarikeisarawak+++

Saturday, December 26, 2009

insan seperti kita


suara halus yang menikam jiwa
merembeskan darah yang pekat
sepekat malam tanpa rembulan

di sini bukan tempatmu
melabuhkan jiwa dengan nyenyak
ini tempatnya insan seperti kita
menderita dan terus merana

suatu tika bila malaikat Izrail
mencabut nyawa terasa nikmatnya
sebuah kehidupan yang menderita
seperti akhirnya kita tidur
lena bagaikan didodoi sang bidadari

Monday, November 09, 2009

percikan syurga

ilham bukan hak milik
sumbangnya bunyi seruling
kerana bernyawa lelah
dinding kerongkong merekah
terjerit-jerit nista
jiwa meraung gelisah
dicucuk noda dosa
tiada sepi yang bertafakkur
kerana indahnya tumpah
bukan pada kertas dan pena
tapi pada sendi tulang berkeriut
meladeni gara si anak
muka suci berseri
dilimpahi rahmah
semoga terpercik syurga

++sarikeisarawak++

Saturday, October 24, 2009

kusanggup

kehendakku satu
melihat dunia beredar
pada paksi Redho-Mu

doaku satu
melihat umatku
melafazkan syukur pada-Mu

niatku satu
menayangkan Kasih-Mu
mewar-warkan indahnya Cinta-Mu

oleh itu
kurniakanku kalbu
lembutkanlah lisanku
tajamkanlah pedang aqidahku
walau betapa kerdilnya aku

hanya untuk-Mu
kusanggup

**sarikeisarawak**

Monday, October 19, 2009

Lagu Malam


meniti malam yang hening
samudera tenang menyelimuti
kegelapan yang merayu
kedinginan yang membuai

air sembahyang menitik
takbir dilaungkan
derai sendu berombak
alunan ayat suci mengasyikkan

sudah tiba taubat ini
umurnya ranum untuk dipetik
pintu syurga terbuka
pintu neraka yang meraung
senyap-sunyi dimamah
air mata keinsafan

***sarikeisarawak***

Wednesday, September 09, 2009

sabarlah bunda, itulah Syurga





bidadari itu menelaah kitab suci
diam masih terkumat-kamit sepi
tangan menyapu ayat-ayat Ilahi
seuntai tasbih merantai ruhi

bidadari itu telah terbang meninggalkan rumah sepi
selendang aurat semakin menebal kalbu nan terisi
tangisan bunda jangan dipeduli
kasihmu datang membelai mimpi

bidadari yang lahir dari rahim bunda
melayangkan senyuman kucupan indah
membelai bunda dengan tiupan doa
membilang syafa’at yang bakal disemai

wahai sang bidadari janjinya,
Itualah syurga,Sabarlah bunda…

***sarikeisarawak***